Ok mungkin hari ni yang ditunggu-tunggu untuk bertemu Mr Snowman hihi.
Utk ke Mt Buller ni, saya beli di Extragreen Tour, Swanston St. pada hari mula sampai di Melbourne. Pakej tour ni boleh beli online di website mereka tetapi oleh kerana macam tak brp user friendly, saua buat keputusan untuk beli direct di pejabat mereka di Melbourne. Cara ini okay bagi yang itinerari banyak free n easy sebab kemungkinan pula tiket mereka habis pada esok harinya dan perlu ambik pada hari2 berikutnya.
Extragreen ni terletak di kawasan Chinatown, Melbourne. Mt Buller day tours ni berharga AUD68 campur AUD10 utk chairlift (Kabel). Saya juga ambil sewaan 1 toboggan & kasut but salji sepasang seorang. Keseluruhannya utk seorang lebihkurang AUD90-100 (RM300 seorang). Total dalam AUD400 (RM1,200) utk 4 orang.
Sebelum ke situ, saya sediakan dulu bekalan mee megi goreng, roti, buah2, biskut dan lain2. Juga air kopi panas dalam thermos kecil.(untuk setiap hari sebelum keluar, saya sediakan begini kerana tidak pasti ada atau tidak kedai halal. Jika ada pun, mungkin mahal dan ahli rombongan saya yang mungkin tiba-tiba lapar dlm cuaca sejuk2 ni senang dapatkan makanan)
Kami perlu sampai di pejabat Extragreen ni jam 5.45 pagi. Maka pukul 5 pagi telah siap bertolak dan menunggu dalam kedinginan cuaca pagi Melbourne. Hujan pun turun renyai2.. kami cuma berjalan kaki sahaja dari Apt. Trip ni Seat in coach iaitu berkongsi 1 bas dengan orang lain. Keseluruhan tempoh perjalanan hampir 4 jam di mana bas berhenti rehat di Yea selepas 2 jam pertama. Hampir pukul 10 pagi, baru sampai di Mt Buller itu.
Aktiviti kat sini semestinya main salji/toboggan, main ais kepal, baring-baring, golek-golek atas salji hihihi, naik kabel. Main ski kami tak ambik lah, agak mencabar untuk orang so young young like us hehehe. Mungkin lain kali.
Untuk mendapatkan waktu salji ni, di Australia musim sejuk nya Jun- September..perlu tau bila salji turun lebat, agak2 bulan Julai/Ogos ni diberitakan kemuncak saljinya turun. Jika awal sangat dan penghujung musim, salji belum ada/mencair. Salji hanya di persekitaran Mt Buller dan gunung2 lain, tak sampai di bandaraya Melbourne ye.
Pukul 3 dah berkumpul untuk balik, jam 4 petang bertolak turun..sampai lebihkurang jam 8 malam di Melbourne.
Salji dah mula nampak di lereng Gunung |
Rasa nak baring di situ hihihi |
Snow man takde ni skiman besi jaa hahaha |
Lepas naik chairlift ni, kami naik semula free shuttle bus untuk ke tempat mula tadi dan meneruskan aktiviti main snow / toboggan. |
Ulasan
Catat Ulasan