Jalan-jalan di Slim River, Perak

 Percutian singkat hujung minggu selepas PKP.. terasa nak memandu keluar KL. Saya book hotel Summit Slim River, takde info kat Booking.com jadinya saya call saja hotel ni Rate RM88 saja. 

Pukul 2 ptg Sabtu bertolak. Perjalanan 2 jam lebih saja, ikut Rawang-Tanjung Malim. Jalan clear kecuali sedikit jam di Serendah. Sampai bilik hotel jam 4.30 ptg. Selepas Asar, jln2 sekitar hotel..kedai kecil2. yg byk tutup. Kedai besar seperti Segi, Econsave, Mr Diy. Beli brg mkn sedikit n krn rasa tak cukup, tapau pula Kepci yg berdekatan.Diet ke laut lah time cuti ni.




Pagi Ahad, breakfast roti canai di Pak Ya Bistro, dlm 10 km di Kuala Slim. Sedap juga rotinya cuma kuah pedas sikit. Elok asingkan kuah dal n sambal supaya semua org blh mkn. Kedai ni specialnya mee udang galah tapi pkl 3 ke atas lah. Bila tanya cashier, katanya jam 12 kdgkala ada juga jika org tempah. Selesai mkn, masuk ke pekan Slim River lama, cari bank. Berdekatan Maybank, Pasar, rupanya ada pasar tani Slim River. So kami pusing2 sini. Saya beli asam keping, memang nak cari kerana dah abis stok di rumah. Ni katanya home made, so beli la RM5. Juga beli keledek ungu n pisang berangan.

Lepas tu, drive ke Sungkai, tgk ada Cendol Sungkai dkt trafik light selepas Petronas. Tapi syg blm jual cendol, mknn lain ada. Pkl 10 katanya. Kami kenyang lagi jadi tak nak mkn apa2 lah di situ. So drive turun balik ke Slim River dan lepak Hotel sehingga nak check out. Review hotel: Nice, katil sedap, baru. Staf kaunter ok. tetapi harap pertingkatkan kebersihan toilet. yg ni saya bagi 3 daripada 5 bintang saja. Toilet tu kena tonyoh, sental sikit ye. Kerana ada kuning2, karat2, hitam2 daki lagi di dinding dan toilet bowl. Maaf, hotel kena la particular bab ni, domestic staff ambik yang teliti.

Next, sebelum balik tu, sempat juga singgah ke kilang roti yang terkenal iaitu Kilang Roti Mokhtar. Memang gebu, sedap rotinya. 5 bintang!. Roti dimasak hari itu juga, ikut jadual masa tertentu untuk jenis yang lain. Oleh kerana pagi Ahad ada pasar tani, maka kami berpusing juga nak masuk ke laluan kilang roti Mokhtar. Lokasinya bersebelahan pasar Slim River. Jika takde pasar tani tu, boleh terus masuk. Jika tak, tunggu habisla pasar tani dalam pukul 12 lebih atau jalan kaki sikit. Saya tak nampak laluan lain.Mungkin ada jalan lain dalam kampung Manggis tu.

Makan tengahari kami singgah di Tanjung Malim, ada sebuah restoran ayam kampung. Ingatkan masakan pure local..tetapi seperti berada di negara seberang gitu bapak ibu. Dari waiter ke tukang masaknya foreigner sgt. Ingatkan di KL sahaja. 3 bintang juga.masakan ala2 biasa2.

Hala balik pun kami ikut jalan ke Tanjung Malim-Serendah-Rawang-Kuala Lumpur, no toll okay. Alhamdulillah jalan pun clear, tak jem. Harap kerajaan dapat upgrade jalan terutama di Serendah kerana jalan agak sempit.


Ulasan