Panduan menurunkan berat badan




Memasuki tahun baru 2013, azam adalah turunkan berat badan ini yang sudah masuk kategori obesiti.

a. Diet Sup Kobis
Saya cuba diet sup kobis selama 7 hari.Inilah hasilnya :
Hari 1 (2 Jan): 70.2 kg
Hari 7 (8 Jan): 69.6
Jumlah turun : 0.6 kg (sikit je ke..sikit2 lama2 byk kan)


b. Diet Atkins
Oleh sebab tak berapa tahan dgn menu 7 hari itu - buah, sayur, sup kobis maka kami nak cuba diet Atkins (basically protein) pula.
Hari 1 (9Jan) : 69.6
Hari 4 (12 Jan): 68.4
nampaknya dah turun 1.2 kg

Februari
15hb - 68 kg (turun 2.2 kg) -alhamdulillah
 21hb - 67.2 (3 kg)

Mac
6hb - 66.6 kg (turun 3 kg)

c.Pemakanan
Jaga pemakanan seperti
- kurangkan atau tak makan langsung nasi, mee, mihun, roti, kuih2
-teh tarik, nescafe dan lain-lain minuman bersusu pekat, bergula
-gula pasir- ganti gula kalori rendah
-buah2an dikurangkan atau tk makan langsung especially mangga
-baca label pada bungkusan makanan seperti biskut  -- jgn lebih 20 g karbohidrat sehari

Makan
-ayam, ikan, telur, daging, udang- masaklah apa2 je supaya tak bosan
-sayur-sayuran

d.Kandungan kalori
Mengira kandungan kalori boleh mengekalkan berat badan.
Contohnya:
Keperluan kalori saya lebihkurang 1200 cal.
Oleh itu rancang makan seperti:

pagi makan : roti canai n kuah dal 400 cal
tengahari : nasi kosong 200 cal + ikan 200 cal + sayur 100 cal = 500 cal
malam: mee sup 300 cal
jumlah = 1200 cal

Minumlah air masak 0 cal sahaja




Ulasan