Melancong ke Melbourne : Melbourne City Tour

Alhamdulillah, saya selamat pergi dan kembali dari Melbourne pada bulan Mei lepas. Perjalanan ke Melbourne menaiki Air Asia adalah lebihkurang 7- 8 jam. Jenuh juga dalam kapalterbang. Naik Air Asia jam 1.30 tengahari dan sampai waktu Australia jam 12 tengah malam. Dalam flight telah isi borang declaration. Saya bawa makanan seperti maggi, tuna/ikan bilis dalam tin. Dah baca dalam website macam-macam tak boleh dibawa masuk seperti daging, tenusu etc. Tetapi saya rasa kalau declare je, lepas juga. Melalui Imigeresen di sana, pegawai Aussie tu tanya lah juga tapi tak tengok pun.
Di Melbourne Airport saya menaiki Sunbus (yang saya naik adalah van) untuk ke hotel.



Berikut adalah gambar-gambar di sekitar hotel di mana saya tinggal sepanjang berada di sana. Hotelnya memuaskan namun kesilapan (?) staf hotel sehingga kini saya masih tak dapat wang refund untuk deposit hotel.Harap-harap dapatlah cepat.Hotel ini terletak di King's Street.Boleh jalan sahaja ke Victoria Market dan DFO South Wharf.

Makan roti hari-hari dengan butter, jem, telur.. Sembunyi2 bawa bekal..:)

Melbourne waktu pagi



Daun maple. Musim Luruh masa ni.


Hari Pertama: 1/2 Day Melbourne City Tour

Oleh kerana pakej yang diambil adalah SIT -seat in coach, maka saya menunggu bas untuk mengambil saya di hotel jam 7 pagi lagi. Bas ini akan hantar saya ke 'stesen' AAT Kings di mana hentian bagi lawatan saya setiap hari.


Bandaraya yang panorama indah dan lanskap tersusun

Stesen AAT Kings. Di sini boleh ambil SIT ke mana-mana destinasi yang ditawarkan.



Melawat taman sekitar Melbourne






Driver bus aka tourist guide sabar menanti
The famous Yarra River




Apa ntah nama tempat ni - something memorial -War in Malaya pun ada
Lebihkurang jam 1, tour ini tamat. Selepas itu kami turun di Federation Square, berjalan-jalan, menaiki tram untuk ke Direct Factory Outlet (DFO) South Wharf. Tram yang berwarna coklat itu adalah percuma.Di DFO ni banyak jual pakaian dan handbag. Baju sejuk pun banyak pilihan, tak seperti kat Msia. Ya lah dah kat sana pakaian diaorg ikut musim.


Tram

Map yang memudahkan jalan-jalan di city. Juga ada volunteer guides yang kita boleh tanyakan arah.





Ulasan