Melancong ke Chiang Mai : Makan dan Pasar malam

Di Chiang Mai, makanan halal boleh didapati di Halal Street berhampiran masjid Banhua di kawasan Night bazaar. Pada setiap petang hingga malam Jumaat pula ada beberapa gerai dibuka di jalan tersebut. Antara yang menarik adalah restoran yang menghidangkan tomyam sedap, seafood dan sebagainya. Untuk sarapan pagi, ada dijual pulut ayam dan roti canai yang juga sedap.
Selain kawasan ini, untuk makanan halal ada juga restoran Arab di Anusarn market. Restoran segera seperti McDonald tidak halal kerana ada burger bab* manakala KFC pula saya rasa was-was so elok tidak makan.
Alternatif adalah makan mee segera yang dibawa dari Malaysia . Saya juga ada beli roti/biskut di kedai 7-Eleven yang bertanda halal Jab Agama Islam Thailand.Minuman soya kotak keluaran Thai sini juga best.
Satu insiden di Lapangan terbang Chiang Mai menyebabkan kita perlu hati-hati dgn logo halal ini.Saya membeli tomyam paste berlogo halal. Bagaimanapun di satu kedai lain, keluaran syarikat yang sama juga membuat paste berasaskan bab*!.

Pasar/pasar malam yang saya kunjungi di Chiang Mai:
Night bazaar - setiap malam
Sunday market - malam Ahad
Kalare Market - setiap malam
Anusarn market - setiap malam
Wororot market -pagi hingga petang

(Kalare market dan Anusarn market terletak dalam Night bazaar). Sunday market adalah pasar malam yang terpanjang.



 
 
 

Ulasan