Resepi di bulan Ramadhan

Kali ini saya cuba senaraikan resepi untuk menu berbuka sepanjang bulan puasa.

Resepi 1

Daging Masak Merah

Bahan-bahan:

300 gm Daging
2 ulas Bawang putih
3 Biji Bawang merah
Sedikit halia
1 btg serai
1 sudu besar Cili Kisar
1 sudu besar Sos Cili
1 sudu besar Sos Tomato
1 sudu besar sos tiram
daun sup/daun limau purut

Cara:

Rebus daging. Apabila empuk hiris daging dan ketepikan, air rebusan daging boleh digunakan kembali.
Tumis bawang putih dan bawang merah yang dihiris, masak sehingga kekuningan.Masukkan halia yg dihiris dan serai yang dititik.
Kemudian masukkan cili kisar gaul sehingga masak, masukkan pula sos cili, sos tomato dan sos tiram
Masukkan sedikit air rebusan daging.
Akhir sekali masukkan daging, gaul rata hingga mendidih dan mengikut kepekatan yang diingini. Hias dgn hirisan daun sup atau daun limau purut lebih wangi.



Resepi  2

Air Lemon Mint

2 biji lemon - perah jus
segenggam daun mint - ambil daun sahaja
gula
ais batu

Cara:
Daun mint dihiris2. Blend bersama jus lemon (buang biji), gula secukup rasa sehingga daun mint jadi halus. Tambah ketulan ais batu, blend sebentar dan boleh dihidangkan.
 




Resepi 3

Jus Buah Istimewa

1 hiris nenas
1 biji epal
seinci halia (jika suka)
sehiris lemon - ambil isi sahaja
1 biji pisang 'cavendish'/rastali atau emas pun boleh

Cara:
Juskan nenas, epal dan  halia menggunakan 'juicer'.  Kemudian di dalam blender masukkan jus tersebut, pisang dan lemon. Blend hingga halus. Masukkan ais batu dan blend seketika.

Resepi 4.

Jus Sihat

Setengah biji timun
1 batang celery
Setengah batang karot
 sehiris lemon - ambil isi sahaja

Cara:
Juskan semua bahan dan ambil airnya, tambah ais untuk kesegaran yang nyata..:)









Ulasan