Melancong ke Perth: Hari ke 3 : Fremantle

Assalamualaikum wbt.
Itinerary:
 Fremantle: Fremantle Market, E-shed, Kaili's


Dari Perth ke Fremantle, kami gunakan train sahaja. Ambil train di Perth Underground. Tidakla jauh Fremantle ni..kurang 1 jam boleh sampai. Sampai di Fremantle Station, pengangkutan seterusnya Car-ki sahaja. Kecik je bandar Fremantle ni. Menggunakan map, kami terus ke Fremantle Market.
Kat sini jual buah2, sayur2 di Yard n kraftgn or souvenirs di ruang Hall.

Kecil je Pasar Fremantle ini. Setelah sejam di Fremantle Market, kami bergerak ke Kaili's. Jalan kaki jugak, merentasi taman. Kaili's ni di belakang Cicerello's. Mula2 ingatkan di Kaili's Port yg ada banyak bot itu..bukan ye..penat aje jalan ke situ. Hujan pulak tu.

Menikmati fish n chips yg awesome n fresh ditemani burung 'seagull'..dont feed the seagull please..ada couple Msian n anak yg bagi makan..mgkn tak perasan signage itu. Untuk 2 keping fish n chips..$14.90.Ada jugak lobster n seafood lain. Org pun tak ramai..mgkn awal lagi.

Setelah perut terisi, perjalanan kami diteruskan ke E-shed yang tak jauh dari Fremantle Station. Jumpa ramai M'sian kat sini..beli souvenirs. Aussin -kedai Indonesian; Megabes - kedai Chinese..buat lah pilihan..Pada saya ada yg murah, ada yg tak, dua2 kedai saya ada beli. Di Perth CBD berdekatan Hotel Crtierion pun ada kedai souvenir.Dua kedai situ, seorang Afghan n isterinya Japanese, layanan mesra sgt..kalau tak sempat beli di Fremantle, di Perth city pun byk.

Pusing-pusing E-shed--then menapak ke Fremantle Station utk balik.










At Kaili's

Ulasan

  1. nak tanya...fremantle market ni buka tak weekdays (Mon - Fri)? plan nak pegi next year tp during weekdays, bkn weekend

    BalasPadam
  2. Seingat saya memang hujung minggu (Fri- Sun).. untuk confirm check di sini http://fremantlemarkets.com.au

    BalasPadam
  3. Assalam, berapa total aud yg dibawa ?

    BalasPadam
  4. Kedai jual cenderamata tu buka tak pada cuti tahun baru ... sy ingin ke sana pada jumaat ini 1.1.2016

    BalasPadam

Catat Ulasan