Kali ini kita lihat kadar pelepasan cukai i.e yang boleh dituntut balik pada tahun hadapan:
Rujukan: www.hasil.gov.my
Rujukan: www.hasil.gov.my
Selain pelepasan ini ada juga rebat cukai bagi zakat dan derma/hadiah - boleh rujuk di laman web LHDN.
Pelepasan Cukai Individu Pemastautin
Pelepasan Cukai Individu Pemastautin
Tahun 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 & 2015
Bil.
|
Jenis Potongan Individu
|
Amaun (RM)
|
1
|
Individu dan
saudara tanggungan
Pelepasan Khas
RM2,000 diberi kepada pembayar cukai yang berpendapatan sehingga RM8,000
sebulan (Pendapatan Aggregat sehingga RM96,000 setahun.) Pelepasan ini hanya diberi untuk Tahun Taksiran 2013 sahaja.
|
9,000
|
2
|
Perbelanjaan
Perubatan Ibu Bapa
|
5,000
(Terhad)
|
3
|
Peralatan
Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya atau untuk isteri, anak atau ibubapa kurang upaya)
|
i) 5,000
(Terhad) - tahun taksiran 2014 dan sebelum
ii) 6,000 (Terhad) - mulai tahun taksiran 2015
|
4
|
Individu
Kurang Upaya
|
6,000
|
5
|
Yuran
Pendidikan (Sendiri)
|
5,000 (Terhad)
|
6
|
Perbelanjaan
perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak)
|
i) 5,000
(Terhad) - tahun taksiran 2014 dan sebelum
ii) 6,000 (Terhad) - mulai tahun taksiran 2015
|
7
|
Pemeriksaan
perubatan penuh
|
500
(Terhad)
|
8
|
Pembelian
buku, majalah, jurnal dan penerbitan
|
1,000
(Terhad)
|
9
|
Pembelian
komputer peribadi untuk individu (sekali setiap 3 tahun)
|
3,000
(Terhad)
|
10
|
Tabungan
bersih dalam skim SSPN
|
3,000
(Terhad)
|
11
|
Tabungan bersih dalam skim SSPN (berkuatkuasa Tahun Taksiran 2012 - 2017) |
6,000
(Terhad)
|
12
|
Pembelian
peralatan sukan untuk aktiviti sukan
|
300
(Terhad)
|
13
|
Yuran
langganan Jalur Lebar (Berkuatkuasa Tahun Taksiran 2010 - 2012)
|
500
(Terhad)
|
14
|
Faedah pembelian
rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000
setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran
berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula
dibayar.
Syarat kelayakan: (i) pemastautin warganegara Malaysia; (ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja; (iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan (iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan. Di mana: (a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan (b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut: A x B C Di mana; A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan; B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan; C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu |
10,000
(Terhad) |
15
|
Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada
bekas isteri
|
3,000
(Terhad)
|
16
|
Suami/Isteri
kurang upaya
|
3,500
|
17
|
Anak di bawah
umur 18 tahun
|
1,000
|
18
|
Anak
yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima
pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi,
persediaan atau pra-ijazah)
|
1,000
|
19
|
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk
kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah). (ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia. (iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. |
i. 4,000 (tahun taksiran 2012 dan sebelum) ii. 6,000 (berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2013 dan seterusnya) |
20
|
Anak Kurang
upaya
Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
(Berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2013 Pelepasan tambahan adalah sebanyak RM6,000)
|
i) 5,000 - tahun taksiran 2014 dan sebelum
ii) 6,000 - mulai tahun taksiran 2015
|
21
|
Insuran nyawa
dan KWSP
|
6,000
(Terhad)
|
22
|
Skim anuiti
baru atau tambahan jumlah anuiti sedia ada dan
bayaran di buat mulai 01/01/2010 (apa-apa
lebihan daripada premium anuiti baru atau
tambahan melebihi RM1,000 boleh dituntut dan
diambil kira bersama-sama jumlah premium
insurans nyawa) - tidak terpakai mulai Tahun Taksiran 2012 - 2021
|
1,000
(Terhad)
|
23
|
Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021. |
3,000
(Terhad)
|
24
|
Insurans
pendidikan dan perubatan
|
3,000
(Terhad)
|
Ulasan
Catat Ulasan