Bukit Kayu Hitam & Changlun


Setibanya di Bukit Kayu Hitam pada jam 12 tengah hari, melepasi imigresen, hanya tunjuk kad pengenalan. Seterusnya kami tidak pasti nak ke mana, yang kelihatan mall beli belah The Zone itu - mmg nampaklah dari jalan besar selepas imigresen Malaysia. Jadi kami park saja kereta di tepi jalan sebelum imigresen Thailand dan bercadang melepasi sempadan ke pekan Danok, Thailand.
Saya lihat ramai yang parking kereta di dalam kawasan The Zone dan berjalan kaki ke imigresen Thailand.
Untuk memasuki pekan Danok, bila sampai kat imigresen Sadao, Thailand, ambil borang masuk/keluar. Passport of course lah ye wajibun hada. Isi borang itu, sertakan bersama passport dan beratur untuk dicop oleh pegawai imigresen Siam. Ada sorang peg imigresen siam ni, suka berinteraksi dlm B Melayu, siap melawak lagi dgn kami..bagusnya.
Pastu boleh la berjalan ke arah pekan Danok.  Danok ni pekan kecil berhampiran pintu masuk Bukit Kayu Hitam, Malaysia - Sadao, Thailand.
Kat sini boleh la menyopping barang-barang Siam. Makanan pun byk dijual seperti kekacang dan produk makanan laut. 
Kami habiskan masa dalam 2 jam di Danok, kemudian berjalan balik ke Malaysia. Pintu imigresennya di sebelah kiri, bila nak balik ni beratur punyalah panjangggg. 
Tak habis kat situ, bila dah naik kereta nak ke imigresen Malaysia, punyalahh lagi panjangggg jemmmnya. 3 jam di situ saja baru dpt cop balik imigresen Malaysia. Hari kami pergi cuti Buruh so depa habaq mai kat cheq, memanglah begitu keadaannya. 
Bila sampai kat booth imigresen tuh, takde lah hapa2 yang menghalang laluan, tetapi mungkin disebabkan sikap pemandu tak kira  kereta atau bas tak kira org malaysia ke thailand ke, asyik nak potong queue jadi laluan tersekat.
Cuma kalu boleh ada petugas di sebelah kita ni..tolonglah perati barisan kereta tu, bukan takat perati tapi tolong disperse the traffic flow ..gitew. 3 jam woii..kematu dah, ngantuk tak usah ckp..

Setelah jem 3 jam berhempas pulas dalam kereta utk jarak yg beberapa meter aje tak smp 1 km pung, setelah melepasi imigresen kami pun drive dgn penuh kelegaan menuju ke tempat utk menginap malam ini di Changlun.


Imigresen Malaysia

Imigresen Sadao, Thailand

Pasar Danok

kabel lektrik berselirat, pemandangan biasa di Thailan

Keistimewaan pulutnya dimasak elok, ayam goreng sedikit oily

Pekan Danok

Jem takde roti hala balik ke Malaysia

Kompleks bebas cukai the Zone

Habis sebotol vitagen versi thailand - Betagen

Huh bila nak sampai..lenguh sudah




Ulasan