Bukit Maxwell, Taiping, Sungkai - Nasi Buluh dan Kolam Air Panas

Penat juga menulis ni, tapi syok gak dah lama tak  mengarang. Gambar mana? belum upload dan gambar pun mcm sikit saja diambil.

Kita teruskan perjalanan dari Kilang Jeruk Pak Ali, saya tak mau ikut jalan sebelah pantai, sekarang kita ikut jalan dalam pula.
Nak pendekkan cerita, arah Simpang Ampat, Sungai Bakap, Pulau Pinang menuju Serdang, Kedah (bukan serdang selangor ni) dan Selama, Perak. 
Suasana jalan? Hutan dan kelapa sawit..Dari situ turun ke Kamunting dan finally ke Taiping, Perak. Satu malam di hotel di pusat bandar Taiping.

Bukit Maxwell, Taiping
Dah ketentuan gitu ye. Masa kami tiba pagi-pagi di kaki bukit ni, perkhidmatan jip ke atas hari itu hanya khas untuk media sahaja. Kerana...pengurusan Bukit Maxwell sedang diambil alih oleh Majlis Perbandaran daripada Pejabat daerah..gitulah pro yg comey itu habaq kat kami. Nampaknye kena dtg lg sekali le klu berhajat nak naik bukit. Kat situ ada kolam ayaq bukit yang sapa2 pun boleh mandi- kami just gi tengok2..ramai nyonya2 mandi pagi2 tu.

Sungkai, Perak 
Kedai nasi Buluh ni dekat je exit masuk Sungkai..bayar tol naik sebelah kanan. Skrg ni ada construction tgh wat jalan ke jambatan ke kat situ..kedai tu betul2 sebelah kiri jalan. Apa yang sedap? Nasi dalam buluh --rasa fresh sgt..lauk kambing bakar, manis, lembut, yummy..portionnya pun byk sepinggan utk 2 org mkn. Lain2 lauk ikan keli bakar, ayam panggang mcm2 ada.

 Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Sungkai

Selepas makan nasi buluh tu, kami pun pusing balik menghala ke Felda Sg Klah, melalui perkampungan Felda ke taman rekreasi ni. Sungai Klah Hotspring ni di dalam kawasan Felda Sg Klah, resortnya Felda Residence Hotsprings. Kalu nak bermalam boleh di Felda resort tuh ataupun homestay penduduk Felda Sg Klah ni.

Harga masuk RM15 utk dewasa. Hari bekerja hari tu so tak lah ramai manusia. Adik kaunter tu habaq boleh gak berjalan ataih jembatan kayu tu klu nak ke kolam ayaq panaih. Oleh kerana tak mo buang masa, kami naik buggy je. Ada kolam mandi (swimming pool) besar air biasa tak panas, tetapi air naturale / alami katanye dan bkn ayaq paip naa.
Kolam kecik2 lain ada air mata air panas, boleh le merendam kaki atau mandi di kolam yg ada bumbung.
 Pakcik Hj Said yang menerangkan kpd kami khasiat ayaq panas ni..tima kasih layanan baguih pakcik, petugas lain2 pun mesra saja adanya.
Meme panas ayaqnya, terutama kat mata airnya...tapi jgn le pi rendam kaki kat situ. Cari spot baik yg ayaq dalam sikit, tahankan saja panas tu dan rendam kaki sampai berpeluh bdn kuar toksin ahaha.
 Lepas solat zohor di surau dalam tu, kami beransur lah kerana nak kejar timing kat KL, tidak bertembung org balik koje, elak jem. Alhamdulillah sampai sudah trip ke utara Malaysia, InsyaAllah nak pi lagi di masa hadapan.




 

Ulasan