Kuala Sepetang, Kuala Gula, Kuala Kurau, Tanjung Piandang & Gudang Pasar Kemboja Parit Buntar


Dari Kuala Lumpur ke Kuala Sepetang, perlu exit Lebuhraya Utara Selatan iaitu Changkat Jering.Untuk ke Kuala Sepetang, laluannya menghala ke kiri (Taiping di sebelah kanan). Saya tak masuk ke bandar Taiping walaupun mulanya ada plan nak ke Maxwell Hill dan Zoo Taiping (Safari Night).

 
Nampak cam gunung / bukit batu kapur -tu dah sampai negeri Perak


Exit Changkat Jering






Dah sampai Tepeng



Kuala Sepetang atau Port Weld
-lalu Gerai Mak Jah tapi tak singgah kerana masih awal lagi dalam pkl 11.30 pagi
-kami singgah di kilang Arang - lihat2 dan beli arang kecil2 utk serap bau
-Pekan K Sepetang ni kecil sahaja, singgah di jeti, beli udang kering dan ikan bilis di gerai berhampiran
-makan mee udang Salleh Port Weld kat area pekan KS: sedap lah juga (3.5*)
Kat KS ni, ada perkhidmatan bot jika yang berminat menelusuri sungai/kuala @agrotourism


Kilang Arang Kuala Sepetang







Kelihatan dan bau asap arang di sekeliling kawasan

Kayu bakau  yang bakal diarangkan

Di luar ada sungai, berpotensi jadi kawasan lebih cantik





Jeti Kuala Sepetang









Udang kering  di jemuran

Abaikan jari nan bengkok hua hua

Mee Udang igauan


Dari Kuala Sepetang ke Kuala Gula
Nama macam manis aje Kuala Gula ni, apa ada kat situ. Mcm tak de la gulanye kecuali yang minat agrotourism atau mancing. Resort yang ada Sanctuary Resort bolehlah utk sapa yang nak bermalam di tepian sungai.Yang dinamakan bird sanctuary tu di sebelahnya - tapi tutup masa itu, so tak ler kami nampak burung-burungnye yob weh.
Restoran JS Muara di sebelah saja, singgah tak mkn sbb dah konyang kat Pak Salleh tadi.

 







Kuala Kurau 
Perjalanan diteruskan menyusur laluan tepian sebelah barat negori Perak. Dari Kuala Gula tu kami ke kuala lagi iaitu Kuala Kurau. Pekannya besar sedikitlah dari 2 kuala tadi. Pun menikmati perjalanan kampung dari kelapa sawit ke pemandangan sawah padi amatlah menyegarkan mata dan minda. Kat sini rupanya tak lah kemarau, sawah padi hijau saja.
 Kami singgah sebentar solat di Masjid Jamek di pekan Kuala Kurau.

 
Jambatan menuju Kuala Kurau






Pekan Kuala Kurau




Jejantas untuk motorsikal


Tanjung Piandang 
Laluan seterusnya adalah ke Tanjung Piandang, pun sebuah pekan kecil. Pemandangan di sini bersuasanakan kampung dikelilingi sawah padi yang cantik dan mendamaikan jiwang..jiwa.



Pekan T Piandang





IKS Ikan maseeen


Parit Buntar
 Dalam jam 3 ptg, kami tiba di Parit Buntar, pekan ini agak besar berbanding hentian-hentian tadi. Tempat pertama dicari adalah Gudang Pasar Kemboja Parit Buntar. Yuhuu..bolehlah meregang kaki kaki yang lenguh di sini di samping menyopping sakan atau tak sakan bergantung kpd citarasa masing-masing. Yang pasti harga baju siap lebih murah berbanding beli di KL..contoh kemeja perempuan yang corak petak-petak itu kalau di sini dapat RM20-25..di KL RM30-35..Saiznya pun banyak pilihan.

Kemudian sebelum mencari hotel yang telah ditempah melalui telefon, kami ke Mydin Mall Parit Buntar. Kompleks membeli belah ni mcm baru lagi


Gudang Pasar Kemboja


Lokasi kegembiraan akak-akak




Nibong Tebal.
Parit Buntar ni dah dekat sempadan  Pulau Pinang. Ikut map, negeri bersempadan ni iaitu Perak/Pulau Pinang, Perak/Kedah. Sungai Kerian sbg pemisah sempadan. Kami bermalam di hotel di Nibong Tebal kerana hotel yang di Parit Buntar yang di call penuh pula.





 



Ulasan