Ladang Anggur Tasik Beris, Tasik Pedu & Pedu Resort


Jam 7.30 pagi kami bergerak keluar hotel menuju ke Tasik Beris. Perjalanan dari Nibong Tebal, melalui Kulim dan Kuala Ketil. Singgah sarapan di gerai Majlis Perbandaran Kulim. Pekan seterusnya Sik sebelum tiba di Tasik Beris.

 
Pekan Nibong Tebal


Jambatan Nibong Tebal

Ke Kulim

Sarap nasi lemak dan peknga kat sini
meneruskan perjalanan
Sik

Paddy fields





Tasik Beris
Huhu..seperti dijangka, tasik ni mngalami masalah kekeringan oleh sebab kemarau el nino yang melanda negara. Ladang anggur Tasik Beris pulok dah ditutup buat sementara - depa habaq kat papan notis tu nak upgrade lagi besaq mana yang depa katala. Dijangka buka semula pada Disember 2016.
Ada satu lagi ladang anggur ..Sungai Senam..namun sebab kami dah terlepas, malaslah pulak nak patah balik.
Nampaknya cheq kena la pi negara omputih juga sana tu kalu kepingin sgt nak memetik anggut.

Nampak ayaq tasik kering



Tasik Pedu 
Sebenarnya bila dah sampai ke sebelah utara ini, perjalanan tak dirasa jauh dari satu tempat ke satu tempat dalam 1-2 jam sahaja walaupun menggunakan jalan tak bertol. Jalannya pun cantik kerana kedua-dua tasik ini empangan,  jalan dah dinaiktaraf.
Air di Tasik Pedu pun cetek juga kesan kemarau.










 
Kat sini ada kisah agak scary meri kerana kami melalui jalan yang ada  signage resort di  situ..kononnya nak melihat2 kawasan resort .So teruslah drive menaiki jalan kecil situ tapi dah hampir 10km rasanya tak jumpa2 resort itu..hati pun rasa agak kurang sedap kerana jln mcm tak de kesan dilalui kenderaan lain..last2 pusing balik..kecut perut, tak cakap apa2 dlm kereta. 
Rupanye jln ni dah lama tak digunakan ke resort tuh
Balik KL baru google..Sebenarnya saya ni tak habis buat research..rupanya semua resort dah ditutup... kuang kuang kuang ..Tetapi musykilnya signage resort  tu ada lagi. Yang saya tahu sebelum ini mmg pernah baca empangan itu asalnya sebuah perkampungan yang dipindahkan untuk pembinaan, jadi ada lah kwsn perkuburan yg tertinggal..

tu papan tanda Pedu Resort..??

Ulasan