Pulau Pinang, Batu Feringghi, Balik Pulau, Teluk Kumbar, Jambatan Kedua Pulau Pinang, Kilang Jeruk Madu Pak Ali

Ok dari Pantai Merdeka, kami ikut Kuala Muda, Penaga dan Seberang Jaya. Ikut saja signage Georgetown, boleh jumpa Jambatan Pulau Pinang yang pertama tu. Menghala Pulau, tidaklah sesak tetapi dari arah pulau, nampak kesesakan kerana orang telah balik dari percutian Hari Buruh (semalamnya).










The iconic Penang Bridge




Tempat dituju sebuah hotel di Batu Feringhi, hotel baru oklah berhdapan masjid Batu Feringhi.
Setelah check in, kami berjalan2 saja di pantai Batu Feringhi, memang cantik dan panjang pantai itu. 
Saya cuba cari gerai charkuey teow Madi yang berdekatan (kat simpang Golden Sands Resort), memang ada tetapi tutup pula pada hari itu. Jadi kami makan di gerai bersebelahannya. Di sebelah tu ada gerai Jeruk Madu Pak Ali, saya beli sedikit kerana esok saya akan cari di kedai Jeruk yang lebih besar di area Jelutong atau Gelugor kalau tak silap.
Selain pantai, apa yang best / tak best Batu Feringhi?
-Banyak kedai Arab/Lebanon..tak tahulah ramai pelanggan ke tidak. Bagi saya org Malaysia, tak minat lah nak mkn nasi Arab di Pulau Pinang, baik cari nasi kandar..mungkin target mereka pelanggan middle east.
-Pasar mlm nya dikuasai oleh warga asing..brg2 dijual mcm beg, t shirt, ntahle tak minat nak tgk. Mungkin sesuai bagi pengunjung remaja kot.

Saya tak pergi tempat spt Fort Cornwalis/area Georgetown kerana dah pernah ke sana suatu masa dulu.

Satu lagi, selepas makan malam, kami tunggu di hentian bas untuk ke hotel Hard Rock Cafe kerana menurutkan minat partner saya yg nak beli tshirt HRC. HRC menyediakan van ulang alik ke kwsn sekitar. Balik dari HRC, kami menapak je ke hotel kerana dah dekat sgt. 

Batu Feringhi

Balik Pulau
 Teringin ke sini! Setidaknya teringin lah nak berjalan di kawasan sebelah / balik Pulau Pinang ni... ada apa situ? Ok, selepas sarap, kami check out dan menuju Teluk Bahang. Jalannya memang ler agak kecil, agak bengkang bengkong kerana kawasan tinggi dan perlu memandu dengan lebih hati2. Ada kawasan empangan Teluk Bahang di sini. Kiri dan kanan jalan ada banyak pokok durian, dah musim pun. Dari kawasan berbukit bukau menuruni ke Balik Pulau, kawasan agak rendah merupakan perkampungan Melayu yang nampak aman damai, semoga kekal lah begitu. Sampai pekan Balik Pulau, saya teringin makan durian dan dapatlah merasa sebiji durian jenis 'aiskrim'. Nyam nyam sekali, tambah harganya sekilo RM35 huhu.
Kat pekan ni juga, kami jalan-jalan di kompleks Pasar Balik Pulau.
Empangan Teluk Bahang









DORIYANNNN BALIK PULAU




 Teluk Kumbar
Menuju Teluk Kumbar melalui jalan seperti hiway yang agak selesa. Sampai di pekan ni, saya sajalah cari Ayu Mee Udang Teluk Kumbar..tahu memang jam 10 pagi, tak buka lah gerai itu. Mungkin sebelah petang dan malam. Pusing-pusing di kawasan situ dan kami meneruskan perjalanan ke Bayan Lepas, seterusnya ke Queensbay Mall, untuk apa ntah..jalan2 sahaja. Kat sini ada Aeon dan pelbagai kedai beli dan belah. Kawasan mall ni dekat laut juga, boleh ambil angin laut di kawasan yang disediakan jika mahu.

Nasi Kandar
Oleh kerana belum menikmati makanan  authentic Penang, saya cari juga kedai nasi kandar berdekatan yang senang parking. Google dpt nasi Kandar Makbul di Bayan Lepas. Perut tengah lapar, ambil lauk telur ikan dan sotong kecil2..hmm mmg sedap. Saya perhatikan, kalau nak nasi kandar lagi sedap, tukang campur kuah tu mestilah yang berpengalaman...tahu brp byk jenis2 kuah tu nak dicampurkan.

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang)
Antara tujuan saya mengelilingi Pulau Pinang,  ikut Balik Pulau adalah untuk keluar di Jambatan ini. Dari kedai nasi kandar, 10 minit je dah jumpa laluan ke jambatan. Memang cantik dan panjang (24km, terpanjang di Msia/Asia tenggara).





Jeruk Madu Pak Ali
Jeruk Madu Pak Ali (Kilang), Lorong Iks Tasek 4, Kawasan Iks Tasek, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang, Malaysia

Ingatkan kilang ni berada di Pulau, rupanya di Seberang Perai sahaja iaitu di Simpang Ampat. Harganya pun lebih murah dan macam-macam produk samada Pak Ali dan non-Pak Ali pun dijual di sini. Jom borong! Kita boleh juga tengok proses membuat jeruk (memotong jeruk).
 
 



 



Ulasan