Jalan-Jalan ke sebelah pantai (barat) Selangor - Sungai Besar, Bagan Nakhoda Omar


 Trip ni bermula dari KL-Rawang-Batang Berjuntai -Kuala Selangor -Tanjong Karang - Sekinchan - Sabak Bernam - Sungai Besar.

Trip turun dari Kuala Selangor - Jeram - Kapar - Klang - KL

Sg Besar, Selangor
Bagi penggemar suasana kampung dan sawah padi, boleh ler berkunjung ke Sg Besar.

Penginapan: Kat sini banyak homestay, yang famous Kg Sg Hj Dorani dan resort Hj Dorani pun ada.Kami bermalam di hotel bandar Sg Besar - ada beberapa hotel di situ, seeloknya booking dahulu kerana walaupun bandar kecil, apabila ada event, selalu hotel penuh. Asalnya kami dah book hotel di Sekinchan, namun kerana ada sesuatu sebab, kami membatalkan hasrat dan terus naik ke atas lagi hingga Sg Besar.

Kali ke dua dtg saya bermlm di homestay dkt kg sg limau..banglo besar cantik, muat ahli keluarga lebih 10 org

Shopping: Kerepek , my faveret kerepek pisang, fresh lagi..boleh beli kat gerai2 tepi jalan. Buah2an tempatan spt honey dew, mangga, pisang

Ada kilang nata de coco Nandong berdekatan kg sg limau..3 bekas RM10.90 saje..sedap lembut enak rasanya !

Pasar malam- tak sampai malam, pkl 7 dah tutup, so jika jumpa di sebelah ptg itu, pergi je lah, mcm saya konon nak gi sebelah mlm, tengok dah tutup.

Sarapan: Boleh beli sarapan awal pagi di Jalan sg Hj Dorani, ada pasar kecil sekali di sini. Nasi lemak RM1 memang marvellous! banyak kuih muih tradisional juga, masih 5 keping utk RM2.

Pekan Sg Besar - nampak kecil tapi mcm2 ado...

 
 


Bangau oh bangau







Selain homestay, ada juga Resort Hj Dorani







Bagan Nakhoda Omar
Kawasan ni tempat santai,memancing dan makan seafood...










Keistimewaan mee udang BNO





Ulasan