Yan, Tanjung Dawai, Lembah Bujang, Merbok, Kota Kuala Muda, Pantai Merdeka

Bergerak dari Changlun pada pagi itu kami bertolak ke Restoran Tok Keramat, Jitra untuk sarapan pagi. Menu pilihan saya adalah peknga atau lempeng dengan gulai perut. Memang sedap dan murah juga harganya.
 
Dari Jitra, kami melalui Kepala Batas ---Langgar ---Pendang untuk ke destinasi berikutnya iaitu Yan. Sepanjang perjalanan di Kedah ni, sawah padi ada yang terjejas dengan kemarau, nampak kering kontang di sesetengah kawasan negeri Kedah.Bagaimanapun bila sampai di kawasan seperti Yan, Merbok dan Kuala Muda, kawasan sawah padi tidaklah kering kontang sangat dan air nampaknya telah ada/disalurkan.
Kebetulan pagi Selasa itu ada pasar pagi Pekan Langgar, jadi terus kami singgah untuk merasai suasana pekan sari tu. Adalah saya beli belacan, kuih pulut udang, kuih apa ntah satu lagi yg warna coklat beli RM2 dpt 5 -besar2 dari sorang pakcik di pasar pagi tu..sedap kuihnya. Juga beli buah honeydew kecil dan buah kuini - masak dan besar dan tidak berulat sbb kuini ni selalunya tak sah tidak dimkn ulat. Apapun masih rezeki orang di luar kota besar yang dapat menikmati makanan sedap, segar dan harga berpatutan berbanding pemastautin di KL.
Sarapan di sini






Pemandangan indah



Yan
Di Yan ni ada pantai peranginan..Pantai Murni namanya. Bagaimanapun tempat ni jugak ditutup untuk kerja naiktaraf kata papan notis tu kat cheq. hmmm...namun sbg pengembara tegar, saya tidaklah rasa kuciwa sgt kerana hajatnya nak mengelilingi kwsn utara ni dah tercapai jugaklah. Yan ni di tepi laut, kawasan di sebelah Yan ni adalah hutan simpan/banjaran Gunung Jerai, jadi kami menyelusuri jalan yang agak berbukit menuju ke Tanjung Dawai. 





Tanjung Dawai
 Kat sini banyak produk laut juga seperti keropok ikan, ikan masin, udang masin dll. Cuma kena tanyalah pekedai tu, produk local atau dtg dari tpt lain jual di situ. Saya beli di deretan kedai tepi jalan  sebelum sampai jeti tu. Ada juga kedai kat kompleks berhampiran Jeti TD yang jual brg2 tu namun saya tak singgah kerana dah terbeli awal lagi tadi.

Bagi penggemar ikan pekasam, singgahlah di rumah/kedai Mak Ngah kat area kampung on d way sebelum sampai jeti Tanjung Dawai. Banyak pilihan ikan pekasam segar.  

Dari Tanjung Dawai ni, alang-alang dah dekat kami pun singgah ke tapak arkeologi Lembah Bujang. Tinggalan zaman dulu kala sebelum kedatangan Islam ke tanah Melayu ni, spt candi / kuil. Sebelum sampai ke Muzium Lembah Bujang ni sebelah menyebelah jalan adalah dusun buah-buahan, mungkin milik orang setempat, pelbagai pokok nampaknya mesti meriah waktu musim buah. Ada juga yang menyediakan homestay.

Pantai Merdeka 
Jika nak google maps Pantai Merdeka, yang kita jumpa adalah Merdeka Beach Resort, So ambil2 angin kat Pantai Merdeka nih..lupa pula nak bawak tikar , jadi tak brp selesa nak duduk lama. Ada yang siap bawa khemah, lagi seronok, boleh lelap2 dibuai angin laut. Selepas lokasi ni, kami menuju ke Pulau Pinang pula.






Ulasan