Pelepasan cukai pendapatan tahun 2016


Setakat ni jika disemak website LHDN , belum lagi keluarkan senarai pelepasan bagi tahun 2016. Yg ada sehingga tahun 2015. Merujuk berita2 tanah air ku, berikut adalah pelepasan yang telah diumumkan:
-pelepasan saraan ibu/bapa RM1500 + RM1,500 = RM3,000
-pelepasan bagi anak bawah 18 thn naik ke RM2,000
-suami/isteri tiada pendapatan RM4,000.00
-anak lanjut pelajaran IPT RM8,000.00

Yang lain2 tu mungkin sama, tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa, semoga pihak berkuasa perihatin ada insentif lagi terutama kepada golongan pertengahan. Jika dilihat kepada pelepasan untuk diri sendiri, mungkin boleh tambah kepada basic necessity lain. Contohnya, bagi pemakai spek mata, utk tempah spek mata yg selesa skrg pun telah mencecah RM1,000 dan ada yang lebih. Ini bukanlah kami saja2 suka beli spek mata mahal tetapi untuk keselesaan, yg penting tak fening kepala kerana buatan yang berkualiti. Ini saya rasa terpakailah kepada yang bekerja di pejabat ni dan lain2 yang sering mengadap komputer.
Lain-lain tu- mcm pakaian, skrg semua brg dah mahal (tak masuk gst lagi huhu), bukanle semua org pejabat ni suka bergaya namun perlu ada perbelanjaan juga kat situ.
Rasanya bertuah org yang kena pakai uniform, tak pyh keluar belanja banyak.
Lagi ..utk kereta, tu keperluan, bukanle sesaja suka beli kerete mahai, tetapi perkiraan masing2 le, kalu rasa kereta itu berkualiti, perlu jugak invest di situ. Kalau dah dkt 10 thn, kenderaan selalunye dan meragam dan perlu overhaul, so lebih baik beli keta baru so bukannye sesuke ati nak tukau kete tau.

Pendapatan di atas bagi golongan spt saya dan ramai lagi di luar tu yang bekerja dengan bergaji tetap bulanan. Bagi swasta/bekerja sendiri mungkin ada imbuhan lain seperti bonus yg lebih dan untung yg masyuk menyebabkan pendapatan lebihan yg boleh menampung hidup juga untuk menabung.

Mungkin ada software khusus untuk kira perbelanjaan pelepasan ni, bagi saya guna excel sahaja cam format simple ni:

 
Bulan PCB Perubatan ibubapa (5,000) Tanggungan ibubapa (3,000) Yuran Pendidikan sendiri (RM5,000) Perubatan (6,000.00) Pemeriksaan perubatan Buku, majalah
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Jul
Og
Sept
Okt
Nov
Dis
Jumlah


Rujuk:
Bajet 2016 : Anak Sara Ibu Bapa Diberi Pelepasan Cukai RM1,500
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Mulai tahun depan, buat julung kalinya, anak-anak yang menyara ibu bapa walaupun tidak tinggal bersama akan diberi pelepasan cukai terkumpul sebanyak RM1,500 masing-masing untuk ibu dan bapa.

"Tapi dengan syarat, ibu dan bapa masing-masing tidak berpendapatan melebihi RM2,000 sebulan dan berumur 60 tahun ke atas," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat yang bertajuk 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Selain itu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata had pelepasan cukai bagi setiap anak berumur di bawah 18 tahun digandakan daripada RM1,000 kepada RM2,000 pada tahun depan.

Perdana Menteri turut mengumumkan, pelepasan cukai bagi pembayar individu yang pasangannya tidak mempunyai pendapatan, dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM4,000.

Beliau berkata kerajaan turut mengumumkan kenaikan had pelepasan cukai daripada RM6,000 kepada RM8,000 bagi setiap anak berumur 18 tahun dan ke atas yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian dalam dan luar negara mulai tahun depan.

Najib menambah bagi ibu bapa kepada anak-anak kurang upaya (OKU) yang sedang melanjutkan pengajian di institusi dalam dan luar negara, had pelepasan cukai dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000 pada tempoh yang sama.

"Ingin saya tambah di sini, had pelepasan cukai sedia ada bagi ibu bapa yang mempunyai anak OKU adalah RM6,000. Ini bermakna, sekiranya anak OKU ini melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara, jumlah pelepasan cukai yang boleh dituntut secara keseluruhannya adalah sebanyak RM14,000," katanya.

Sementara itu, Najib berkata untuk membolehkan lebih ramai pekerja mendapat manfaat di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kelayakan caruman wajib dinaikkan daripada gaji RM3,000 kepada RM4,000 sebulan.

Jelasnya, pengubahsuaian ini memanfaatkan 500,000 pekerja yang jika pencarum meninggal dunia dalam tempoh perkhidmatan, waris akan menerima bayaran bulanan sehingga 90 peratus pendapatan bulanan terakhir si mati (pencarum).

-- BERNAMA

Utk rujukan juga kat sini adalah pelepasan cukai bagi tahun2 2015 ke bawah:


Pelepasan Cukai Individu Pemastautin
Tahun 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 & 2015
Bil.
Jenis Potongan Individu
Amaun (RM)
1
Individu dan saudara tanggungan
Pelepasan Khas RM2,000 diberi kepada pembayar cukai yang berpendapatan sehingga RM8,000 sebulan (Pendapatan Aggregat sehingga RM96,000 setahun.) Pelepasan ini hanya diberi untuk Tahun Taksiran 2015 sahaja.
9,000
2
Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa
5,000 (Terhad)
3
Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya atau untuk isteri, anak atau ibubapa kurang upaya)


i) 5,000 (Terhad) - tahun taksiran 2014 dan sebelum
ii) 6,000 (Terhad) - mulai tahun taksiran 2015
4
Individu Kurang Upaya
6,000
5
Yuran Pendidikan (Sendiri)
5,000 (Terhad)
6
Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak)


i) 5,000 (Terhad) - tahun taksiran 2014 dan sebelum
ii) 6,000 (Terhad) - mulai tahun taksiran 2015
7
Pemeriksaan perubatan penuh
500 (Terhad)
8
Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan
1,000 (Terhad)
9
Pembelian komputer peribadi untuk individu (sekali setiap 3 tahun)
3,000 (Terhad)
10
Tabungan bersih dalam skim SSPN
3,000 (Terhad)

11
Tabungan bersih dalam skim SSPN (berkuatkuasa Tahun Taksiran 2012 - 2017)
6,000 (Terhad)
12
Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan
300 (Terhad)
13
Yuran langganan Jalur Lebar (Berkuatkuasa Tahun Taksiran 2010 - 2012)
500 (Terhad)
14
Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
Syarat kelayakan:
(i) pemastautin warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.
Di mana:
(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan
(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut:
A x B
C
Di mana;
A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;
B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan;
C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu
10,000
(Terhad)
15
Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri
3,000 (Terhad)
16
Suami/Isteri kurang upaya
3,500
17
Anak di bawah umur 18 tahun
1,000
18
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)
1,000
19
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

i. 4,000 (tahun taksiran 2012 dan sebelum)

ii. 6,000 (berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2013 dan seterusnya)
20
Anak Kurang upaya



Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
(Berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2013 Pelepasan tambahan adalah sebanyak RM6,000)
i) 5,000 - tahun taksiran 2014 dan sebelum
ii) 6,000 - mulai tahun taksiran 2015


21
Insuran nyawa dan KWSP
6,000 (Terhad)
22
Skim anuiti baru atau tambahan jumlah anuiti sedia ada dan bayaran di buat mulai 01/01/2010 (apa-apa lebihan daripada premium anuiti baru atau tambahan melebihi RM1,000 boleh dituntut dan diambil kira bersama-sama jumlah premium insurans nyawa) - tidak terpakai mulai Tahun Taksiran 2012 - 2021
1,000 (Terhad)

23
Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.
3,000 (Terhad)
24
Insurans pendidikan dan perubatan
3,000 (Terhad)

Ulasan

  1. Untuk pelepasan bagi ibu bapa, macam mana eh nak buktikan pendatan ibu bapa kurang dari rm2000 sebulan ?

    BalasPadam
  2. Pendapatan ibubapa tu dalam artikel akhbar lepas, dalam pelepasan lhdn 2016 terkini rasanya tiada dinyatakan pendapatan ibubapa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf..ada..baru tgk..pendapatan ibu bapa tak lebih RM24k setahun & ibubapa berumur 60 thn ke atas..cara nak buktikan..kalau takde slip gaji...selalunya jika layak dpt brim ..LHDN dah tau..kerana rekod dah ada..

      Padam

Catat Ulasan