Jalan-Jalan Krabi : Perancangan


Insya Allah, penghujung tahun ni perancangannya makan angin ke Krabi. Oleh sebab ada kenduri saudara di Kedah maka kami berniat nak jalan lagi terus ke sempadan. Semoga cuaca elok hujung tahun kan, cuaca tak menentu.
Mula-mula sekali buat blog walk research macamana nak bawa kereta masuk ke Krabi. Terima kasih pada blogger-blogger yang memberikan info. Dipendekkan dokumen yang perlu ada iaitu salinan geran kereta, surat kebenaran jika bukan kereta sendiri dan insurans. Passport - mestilah perlu ada.

Penginapan
Oleh kerana tak mahu kecoh mencari penginapan di saat akhir, walaupun ada lebih kurang 2 bulan lagi saya membuat tempahan awal melalui Booking.com dan mencari homestay di laman-laman web.
Saya lihat kos penginapan di Krabi boleh tahan juga. Jika 2 star pun mencapai RM100 lebih , tambahan jika dicampur sarapan dan musim cuti.

Itinerari
Jumaat
Bertolak ke Kedah.
Tidur di Homestay Kepala Batas

Sabtu
Ke majlis kenduri
Tidur di Homestay Amir, Padang Besar, Perlis


Ahad
Bertolak ke Imigresen Wang Kelian, lebihkurang 20 km dari Padang Besar
Menuju Krabi (4-5 jam perjalanan)
Tidur di Adam Bungalows Krabi (satu malam dalam lebihkurang RM70 lebih)
Free n easy Krabi

Isnin
Free n easy Krabi

Selasa
Pagi - bertolak balik ke Malaysia kerana ada ahli rombongan akan bekerja esok harinya.
Saya dan beberapa ahli keluarga lain akan stay bercuti di Perlis/Kedah
Menginap di Changlun Chalet (1 bilik -4 katil utk satu malam RM120)

Rabu
Gunung Jerai
Kat sini hanya Ada satu tpt penginapan iaitu Regency Jerai. Saya call hotel Dan book. Konon nak  banding dgn harga booking.com. Harga bagi bilik deluxe adalah RM310. Klu booking.com boleh dpt RM309.55...ha ha 45sen Ku rugi tambah kos panggilan lagi. Ye le tak buat tatau kan. Pernah harga hotel walk in lagi murah Dari book melalui online, gitu pulok dohh.

Khamis
Bertolak balik ke KL.

Ulasan