Product review : oven

Assalam,

Ni bukannya exactly product review, cuma nak merekodkan kisah kami guna oven brand B.
Saya dan adik ada beli oven jenis yang sama pada tahun 2014, maknanya baru 2 tahun lah, tapi kedua2nya sudah kongg. Jika nak ikutkan agak mahal juga oven tu kerana saiz besar, dalam RM500-600.
Pada mula penggunaan memang selesa, bakar itu ini..ayam, kek, biskut dll.
Namun insiden berlaku bila dalam beberapa bulan guna oven saya ter off tiba-tiba. Makanya saya bawa ke tempat pembelian di area Chow Kit. Oleh kerana masih dalam tempoh warranty, maka mereka baiki dan tidak kena caj.
Nak jadi cerita setahun lepas itu, masalah lagi bila tak boleh guna. Saya bawa ke electrician, so Alhamdulillah ok. Ketiga kali terus lagi kong..kali ni bawa ke electrician--kena caj RM100 lebih untuk tukar pemanas..itupun kalau ada.
Namun agak lama tersadai dengan tukang baiki tu, jadi saya ambik keputusan untuk bawa balik oven itu dan jual besi buruk ajeee.
Mungkinkah brand B itu made in C sahaja dan cap ayam..hu hu serik rasanya.....

Ulasan