Perjalanan ke Krabi dari Wang Kelian : imigresen & kastam

Assalamualaikum pembaca yang dihormati sekelian.

Saya dan keluarga bertolak ke Krabi pada pagi Ahad. Setelah keluar dari homestay di Padang Besar pada jam 7.00 pagi, kami menuju ke Wang Kelian. Dari Padang Besar mengambil masa kurang 30 minit sahaja. Ingatkan nak top up sedikit lagi minyak hingga penuh di Caltex Wang Kelian, namun tidak buka pula pagi-pagi lagi ni. Alhamdulillah tangki minyak dah dipenuhkan sejak semalamnya. (Kalau tak penuh pun ada banyak juga stesen minyak di Thailand odw to Krabi boleh singgah isi tetapi harganya lebih sikit).

Kami meneruskan perjalanan ke Pos Imigresen Wang Kelian, jaraknya dari Caltex tak jauh tetapi jalan agak berbukit dan bengkang bengkok justeru perlu pemanduan yang berhati-hati. Tetapi jangan risau, jalannya masih ok dan tidak perlu hon bila sampai di selekoh (jika dibandingkan jalan ke puncak Gunung Jerai lebih mencabar). 

Bila sampai di Pos Imigresen Wang Kelian kurang jam 8 nampaknya belum buka. Tetapi sudah ramai orang menunggu dan banyak kereta dah beratur. Kalau boleh ikutlah giliran dan beratur di belakang van/kereta yang sedang menunggu itu. Jangan seperti kami yang tiba-tiba (tersilap) pergi ke side sebelah kanan, kemudian mulalah asyik beri signal untuk masuk barisan, mintak maap ya!

Jam 8.00 Pos Imigresen (Malaysia) dibuka. Untuk urusan imigeresen Malaysia, dari awal kumpulkan semua passport satu kereta itu dan serah kepada pegawai imigeresen dengan senyuman.Ok settle scan semua passport kami rakyat Malaysia.

Kemudian terus memandu ke imigresen Thailand, Wang Prachan pula. Ambil parking di sebelah kiri tetapi hati-hati jangan blocking kereta orang walaupun tahu masing-masing singgah sekejap sahaja untuk urusan imigresen dan kastam. Kemudian anak beranak pergi beratur depan kaunter imigresen Siam tu. Tak jauh dari situ ada Information Counter kalau ada borang tak cukup boleh amik kat sana.

Ok kat sini ada beberapa kesilapan yang kami buat dan anda boleh elakkan untuk mempercepatkan proses:

Dokumen yang perlu ada untuk membawa kereta ke Thailand:
1. Geran  kereta asal, klu tak update blkg nya pun takpe 
2. Surat kebenaran Jika kereta pinjam
3. Borang kastam & Insurans kereta ke Siam - dah buat di Changlun - yang ni pastikan sedia awal, ada kedai yang buka hingga 10 mlm di Changlun@ cari yang buka 24 jam itu). 

Jika belum buat, saya tak nampak kedai-kedai jual insurans di Wang Kelian itu. Semasa sampai di Padang Besar jam 5 ptg semalam, banyak kedai dah tutup dan tak de pun kedai buat insurans di Arked Padang Besar. Maka saya terpaksa drive malam itu juga (jalan ke Changlun tu pulak gelap gulita) dari Padang Besar ke Changlun untuk cari kedai yang buat. Itupun ada satu kedai menghala ke Bukit Kayu Hitam hampir tutup. 

Di area Bukit Kayu Hitam mungkin banyak kedai buat Insurans. Apapun sedialah awal sebelum masuk ke sempadan. Kalu tak dah habis masa kat situ, kerana saya bajet sampai di Krabi jam 2-3 ptg, just nice untuk check in hotel.

Kedai insurans akan bagi buat semua dokumen kastam yang berkaitan.Pastikan anda bawa semua passport (pemandu & penumpang) semasa nak buat insurans ni. Saya tak bawa semua passport oleh itu ada dokumen kena isi sendiri - penat juga malam tu bila balik homestay kena berjaga isi maklumat 12 penumpang bagi 2 bijik kereta dalam dua salinan pulak tu)


4. Passport semua orang - wajib

5. Borang arrival and departure untuk setiap orang
Semasa buat insurans kereta, hanya 2 borang diberikan. Jika anda pergi seramai 12 orang, wah lama lah nak mengisi baki borang yang boleh diperolehi dari kaunter Information di imigresen Thailand. Isi siap-siap borang ini, kalau semua boleh dapat di kedai insurans itu, siapkan semua maklumat sebelum masuk sempaan.


Next:
Setelah parking di sebelah kiri (ada kawasan parkir) - kat sini eloklah parkir betul2 dan tidak blocking kereta orang sementara nak beratur mengecop passport di imigresen Thailand. Jgn lupa duit RM2 per passport. Satu ringgit dah tak mau, kan ringgit sudah jatuh!

Kemudian bawa dokumen berkaitan kereta itu ke dalam pejabat kastam Thailand. Kat situ pegawai Siam akan key in @ check info kereta. Bagi lagi RM10 per kereta.
Borang yang diaorg beri balik tu simpan elok elok.
so ada dua perkara buat kat sini iaitu cop imigresen & kebenaran kastam.

Bila balik nanti pastikan dibuat perkara yg sama iaitu bagi borang departure & borang kastam utk kereta tadi.

Jadi jgn berlaku kesilapan mcm kami buat.. terus je  blah bila siap urusan imigresen. Alhamdulillah pegawai imigresen Malaysia npk borang kereta tu kami masih pegang. So terpaksa menapak ke imigresen Thailand balik utk pulangkan borang. Boleh kena denda kalau tak pulang borang tau wawawa...
 
Selepas semua selesai, boleh pandu & parking kereta kat area kedai-kedai Wang Pratchan tu untuk shopping cari keperluan lain. Kat area ni ada banyak toto & brg2 yg org beli untuk bawak balik Malaysia. Selepas balik Krabi, boleh le belanja lagi klu masih ada baht. Jgn excited belanja dulu nanti habis bahtnya hahaha.

Saya beli sim kad traveller's bernilai dalam RM30. Untuk activate boleh mintak cik adik kedai yang jual tu buat krn aku dah penat masa tu (boleh gak buat sendiri). Laju gak Internet nya untuk Google maps. Ni rasanya penting sebagai panduan selain  cari arah berpandukan signage.

Selain tu kerana belum sarapan, bungkuslah lemang Siam yang jual kat situ, sedap juga untuk bekal sarapan dll tit bits kerana 4-5 jam tu saya plan tak berenti mana2, kerana tak sure tempat makan mana yang boleh singgah.

Dalam jam 9.30 pagi (wah lamanye dari jam 8.00 pagi)  kerana ada ahli yang nak ke toilet la bagai -toilet katanye kena menapak sikit), kami pun beransur ke Krabi.


  




Ulasan