Memorandum of transfer Rumah

Assalamualaikum

Bagi pemilik rumah, beberapa tahun selepas membeli rumah, ada datang surat dari pemaju untuk membuat "memorandum of transefer' (MOT).

Apakah MOT ini..kalau google wiki katanya  

Legal fees is payable to the appointed lawyer who will prepare Sale & Purchase Agreement between purchaser and vendor. On other hand, Stamp Duty which also known as Memorandum Of Transfer (MOT) is payable to the government & collected by Lawyer on behalf of the government.

atau dengan lain kata - untuk tukar nama dari developer kepada nama pembeli rumah itu.

Bagi saya sendiri oleh sebab tidak menduduki rumah yang dibeli, dan disewakan, maka maklumat untuk membuat MOT hanya diketahui baru-baru ini. Setelah bertangguh-tangguh juga, saya bawa surat itu ke pejabat pemaju rumah untuk bertanyakan kisah MOT ini. Maka saya diminta melantik peguam untuk menguruskan MOT. Untuk menyenangkan perkara, saya bertanya peguam mana kah yang biasa berurusan dengan pembeli di taman perumahan yang sama dan berdekatan.

Seterusnya saya ke pejabat peguam tersebut dengan membawa S&P. Untuk membuka fail perkara-perkara berikut diperlukan:
-duit semestinya RM300 utk buka fail. Untuk urusan MOT bayaran lain pula yang lawyer akan beritahu kelak. Anggaran awal bagi rumah saya dalam RM3,000.
-Salinan S&P
-salinan KP
-surat tawaran  pinjaman perumahan
- cukai tanah
-cukai pintu

Ada yang saya tak bawa maka bertangguh dululah yang tiada, tetapi saya proceed juga bukan fail dulu dengan pejabat peguam tersebut.

Ulasan