Pelepasan Cukai Pendapatan 2016 Terkini (Mac 2017)

Assalamualaikum

Mari beramai-ramai melunaskan cukai kerana e-filing telah mula dibuka mulai 1 Mac 2017. Harus diingat, claim cukai tu yang ada resit ye..kecuali jika dinyatakan tak perlu resit. Kalu tak nanti meraban pula jika ada panggilan telefon dari yang berkenaan.

Hmmm...apapun redha kerana jika PCB terkurang bayar, kena bayarlah bakinya. Jika mau, tukar kepada zakat saja, tu yang saya selalu buat. Jika terkurang dari PCB, top up lah. Redhaaaa..

Tahun 2017 ni cuba jadi sistematik dan buat perkiraan in out belanja, juga simpan resit untuk claim bagi taksiran 2017 pada tahun 2018 nanti.

Resit-resit ..ingat ..simpan selama 7 tahun, ni kena buat fail khas dan simpan tempat selamat daaa di du.

Jom Rujuk portal LHDN ye  http://www.hasil.gov.my

 Tarikh Akhir 30 April 2017


Pelepasan Cukai Individu Pemastautin
Tahun 2016
Bil.
Jenis Potongan Individu
Amaun (RM)
1
Individu dan saudara tanggungan
9,000
2
Perbelanjaan rawatan perubatan,keperluan khas dan penjaga ibu bapa ( Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)
ATAU
Ibu dan Bapa
Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa
5,000 (Terhad)

ATAU
3000 (Terhad)
3
Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya atau untuk suami/isteri, anak atau ibubapa kurang upaya)
6,000 (Terhad)
4
Individu Kurang Upaya
6,000
5
Yuran Pendidikan (Sendiri)
7,000 (Terhad)
6
Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak)
6,000 (Terhad)
7
Pemeriksaan perubatan penuh
500 (Terhad)
8
Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan
1,000 (Terhad)
9
Pembelian komputer peribadi untuk individu (sekali setiap 3 tahun)
3,000 (Terhad)

10
Tabungan bersih dalam skim SSPN (berkuatkuasa Tahun Taksiran 2012 - 2017)
6,000 (Terhad)
11
Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan
300 (Terhad)
12
Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
Syarat kelayakan:
(i) pemastautin warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.
Di mana:
(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan
(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut:
A x B
C
Di mana;
A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;
B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan;
C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu
10,000
(Terhad)
13
Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri
4,000 (Terhad)
14
Suami/Isteri kurang upaya
3,500
15
Anak di bawah umur 18 tahun
2,000
16
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)
2,000
17
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

8,000
18
Anak Kurang upaya
6,000
Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
19
Insuran nyawa dan KWSP
6,000 (Terhad)

20
Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.
3,000 (Terhad)
21
Insurans pendidikan dan perubatan
3,000 (Terhad)
22
Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
250 (Terhad)

Kalau yg bagi hadiah dan derma:

Potongan Dibenarkan Daripada Pendapatan Agregat
Bil Sumbangan Catatan
1 Derma/Hadiah wang kepada Kerajaan/Kerajaan Tempatan.
Subseksyen 44(6)
2
Derma/Hadiah wang kepada institusi/organisasi yang diluluskan.
(Amaun adalah terhad kepada 7% daripada
pendapatan agregat)
Subseksyen 44(6)
3
Derma/Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada aktiviti sukan atau Badan Sukan yang diluluskan.
(Amaun adalah terhad kepada 7% daripada
pendapatan agregat)
Subseksyen 44(11B)
4
Derma/Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada projek berkepentingan Negara yang diluluskan.
(Amaun adalah terhad kepada 7% daripada
pendapatan agregat)
Subseksyen 44(11C)
5
Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan.
Subseksyen 44(6A)
6
Derma/Hadiah wang untuk kemudahan perpustakaan atau kepada perpustakaan.
Subseksyen 44(8)
7
Derma/Hadiah wang atau sumbangan manfaat bagi menyediakan kemudahan di tempat awam untuk orang yang kurang upaya.
Subseksyen 44(9)
8
Derma/Hadiah wang atau kos peralatan perubatan kepada mana-mana badan rawatan kesihatan.
Subseksyen 44(10)
9
Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau Balai Seni Lukis Negeri.
Subseksyen 44(11)


Ulasan