Berjalan-jalan di London : Oxford Street, Primark, Harrods, Cath Kidston


Selama 8 hari 7 malam di London, beberapa kali jugalah kami menyinggah di Oxford Street.
Bukan big shopping pun, kerana mahal la kadar GBP 5.56 x RM.... hehehe. Beli yang termampu saja.

Tempat digemari oleh ramai orang yang memang sentiasa penuh dgn orang adalah Primark. Berduyun-duyun manusia sini kerana barang-barangnya affordable.

Lain-lain tempat shopping seperti Selfridges, Zaara, Marks n Spencer  dan banyak lagi le sepanjang  Oxford Street. Haa tak lupa kedai kasut Clarks - yang ni sentiasa padat dgn orang, harga pun berbaloi beli di sini. Juga kedai handbag Fossil.
Contoh kasut Clarks ..ni lah kasut Clarks pertama saya hehehe, kasut flat heel yang praktikal tak sakit kaki. Selama kat Malaysia memang tak pernah terbeli kasut Clarks. Tengok2 je kalau dah harga RM300-RM400.




Primark London ni ada dua sebelah east & west Oxford Street. Yang west tu lebih dekat dgn Paddington manakala east tu dekat Soho. Yang east tu kami terjumpa masa cari Cath Kidston di Piccadilly. Apa pun google maps ajelah nak tau lokasi sebenar. Primark east tu nampak mcm baru dan besar lagi. 


Harrods
Tak sah kan kalau tak pi Harrods. Cuci mata aje. Dalamnya mcm butik2 la fashion designer dan yang top2. Manusia punye le ramai. Pi sini saya mcm biasa naik bas dari hotel (guna pakcik google maps yang banyak berjasa tu). Bangunan Harrods ni dari luar mmg antik. Dalamnya 5-6 tingkat. Atas sekali top top punya brand perfume, macam minyak wangi Arab, perfume yang marhaen macam saya ni tak pnh ku dengar hehehe. Tempat souvernir Harrods tu pun saya tak pi. Alahai nak jalan pun susah, berpusu-pusu. Sesak nafas.
Harrods ni kat Brompton Street, ke bawah sikit la dari Hard Rock dan Oxford Street.

Cath Kidston
Saya bukan le peminat brand ni, cuma terjebak pula bila pi London ni hihihi. Lagipun disebabkan harganya kot agak mampu milik. Ada banyak outlet Cath Kidston di London. Yang saya pegi di Portobello, juga main store nya di Piccadilly. Juga di Bicester Village. Masa pegi ni sale, so apa lagi..borong la utk diri sendiri dan yang mengirim. 
Tapi kan, di Heathrow pun ada Cath Kidston, masa nak balik saya terjumpa pulak di departure hall. .Alahai lagi murah, beza 5 pound jugakla hehe.







Ulasan