Melancong ke London : Penginapan di London

Hotel tempat saya menginap selama di London adalah di Norfolk Square, Paddington .Kawasan ni rata-ratanya hotel je. Chrysos Hotel ni di sebelah Brunei Hall. Hotel ni strategik jugalah. Berhampiran Paddington Station dan St Mary's bus stop. Senang berjalan-jalan. 

Dalam bilik kecik sikit ngam2 untuk solat. Tapi tak pe tu bukan nak dok bilik pun sepanjang masa. Breakfast jam 7.30 saya makan sekali je. Makan roti kosong dan minum kopi. Sebab selalu keluar awal lagi kerana hari dah cerah buat apa tunggu lagi. Lagipun kalau jam 8-9 tu kota London dah sibuk org pergi kerja. Lagi satu sebenarnya ragu-ragu juga mek saleh hotel goreng telur tu dengan minyak apa walaupun katanya sesuai untuk vegetarian.

Banyak hotel di London ni. Area Malaysian Hall, Queensway pun banyak hotel juga. Sebelum datang London saya survey jugak kot nak booking sendiri. Tengok2 harganya RM500-700 jugakla. Pulak tu saya tak tau area mana sesuai, especially jika banyak naik bas atau jalan kaki. So saya book pakej ground dgn agent. Jika datang ramai-ramai mungkin apartment lebih murah.






Dalam hotel


Bawak ni senang untuk masak megi & Brahim. Boleh masak sikit-sikit pun guna periuk ni tetapi cepat hangus jika tidak guna air.

Bawa pisau senang utk makan buah dll. Pisau kecil boleh bawa dlm pesawat, bungkus elok2 letak dlm beg bagasi.


Ulasan