Melancong ke UK : Euston-Piccadilly, Manchester, Old Trafford, Virgin Train


Hari yang ketiga di London, kami merancang ke Manchester untuk ke Stadium Old Trafford di mana kumpulan bola sepak Manchester United berumah.

Tiket keretapi Virgin Train saya beli online semasa di Malaysia. Harga tiket dalam RM500 untuk dua orang. Tiket ni pun macam tiket Air Asia harga berubah-ubah so kena pilih mana yang waktunya murah mengikut waktu puncak tak puncak. Sbb pemilik dua2 syarikat tu kan berkawan-kawan hehe. Naik ni tak pakai kad Oyster ye sebab yang tu khas untuk train syarikat pengangkutan London saja (bas, tube, train biasa -kena refer)

Jadi di pagi hari yang sejuk dan nyaman  tu kami pun bergerak keluar dari hotel, awal juga dalam pukul 7 lebih. Tiket tren tu waktunya 10.00 pagi. Nak ambik tren di stesyen Euston. Nak ke sana boleh naik underground atau bas.
Saya pilih naik bas kerana macam dah suka naik bas kat London ni. Tambahan jika silap, boleh nampak berhenti kat mana.

Ok berpandukan google maps yang dah ada nombor bas dan stesen bas, kami pun pi tunggu bas dekat depan Hotel je (St Mary's Hospital) dan sampai di Euston. Euston ni dekat je pun dgn Paddington. Nak jalan kaki macam dari Chowkit ke Sogo Jalan TAR tu saya rasalah.

Terawal sedikit jadi 2-3 jam juga tunggu Virgin Train tu.  Tengok orang putih berduyun-duyun keluar terminal tren, lajunya depa jalan. Kat Euston Station tu wifi agak laju, masa ni boleh la update apa yang patut. Situ pun banyak kedai untuk cuci mata.

Toilet sini berbayar dengan duit siling. Ada mesin tukar duit siling lagi. Toiletnya bersih tapi biasalah mana ada paip air. Pandai-pandai lah kan sesuaikan diri. Bagi saya oleh sebab selalu jamakkan Zohor ke dalam Asar kerana waktu Zohor agar sukar cari tempat solat, makanya solat di hotel waktu Asar dan keluar balik selepas itu. Waktu hampir Maghrib barulah kami balik. Solat jamak Magrib dan Isyak. Kalau nak tunggu Isyak tertidur-tidur kerana Isyak jam 11 malam..bangun pagi pun pukl 4.00 pagi utk solat Subuh. Takut terlepas pula solat Subuh tu kerana pukul 5.00 dah cerah.

Bagaimanapun jam 9.30 tu dah bolehlah bersedia kerana nombor terminal bagi tren akan dipaparkan di electonic board, kena peka jugalah.

So kami masuk ke terminal untuk naik Virgin tren. Rupanya punya la panjang tren tu..memang kena berlari2 anak jugak takut terlepas tren timing nye jam 10 ...diaorg ni sharp juga terus gerak tak tunggu korang hoi hoi ke hahaha.

Tengok orang lalu lalang

Bagi Virgin train ada kaunter lain sebelah kiri pintu masuk Euston, background warna merah macam Air Asia hehe


Virgin train, tak le gah sangat...oppss, yang penting service kann

Dalam tren





Tengok kuda bebiri dan lembu beristirehat



Perjalanan macam tren ekspress selama 2 jam. Tren ni berhenti di dua stesen je kalau tak silap.








Berhenti di Piccadilly ye, kalu nak jenjalan kat Manchester city, boleh la kuar sini atau Piccadilly Gardens

Kemudian turun dan beli tiket tram ke Old Trafford


Manchester city


Hujan masa ni






Ok berhenti di stesen Old Trafford, hujan lebat sangat masa ni tak sempat amik gambar, terus keluar dari stesen tu berjalan sehingga jumpa MU stadium di hujung sekali






Yes dah sampai MU




Depan tu megastore dia, kalau nak muzium, stadium tour, cafe lalu sebelah kanan tuh, ada lorong masuk bawah bangunan pastu sebelah kanan, masuk naik ke muzium n cafe.
Tiket masuk stadium tour saya beli online semasa di Malaysia, beli pun cukup utk sorang jek GBP18.00 sebab saya tak minat, baik lepak2 kat luar. Megastore tu pun saya tak masuk. Muzium pula kena pakai tiket jugak. So sementara my partner pi ikut jam 2.30 ptg, saya pun pusing ke kiri bangunan MU, lepas tu turun balik..saya ni suka merayau sorang kihkihkih. 
Bila turun balik hala ke stesen tren, traffic light pertama menghala kanan, apa yang saya jumpa spt di bawah:



Yeah, shopping complex kegemaran ku hihihi

Ada Marks n Spencer dll

Saya pun menjejak Home Bargain dan beli  barang keperluan rumah yang kecil2 lah yang boleh sumbat dlm beg hehehe, harga pun murah sgt kat situ..M & S mahal lagi. Pyrex casserole 1.9l tu baru 16 hengget..ish dapat ke kat Malaysia harga ni (toksah campur harga kapai torbang noo). Saya beli mixed herbs 4 botol (sbb tinggal byk tu je klu tak harus borong) 49 penny dll..


Ok lepas sopping dan agak2 sejam setengah saya berjalan balik ke MU stadium sambil menjinjing beg shopping...




Masa ni hujan dah berenti so boleh duduk sambil makan bekalan di meja. Kat UK ni mereka ambil precaution tak boleh tinggalkan barang-barang, walaupun nak ambik gambar, cepat jek security tu datang hihihi.



Ceri pujaan hati - bekalan (plastik bungkus pun poslaju)


Setelah selesai makan dan amik gambar luar stadium, kami menapak ke stesen Old Trafford untuk naik tram ke Piccadilly Station, Manchester.





Menghala turun balik, baru nampak M& S sebelah kanan


Waktu virgin tren hala balik Manchester ke London jam 6.55 petang, so dalam pukul 4 kami gerak ke Piccadilly station. Sampai sini kami ingat nak solat Asar di Manchester. So keluarle Piccadilly Station tu untuk cari masjid/tempat solat.
Kisahnye tak brp nak jumpa so tanya lah tourist police..sorang Minah salleh, sorang mamat kulit gelap. Ikut peta yang mereka bagi, kami pun berjalan turun..jalan dan jalan..jenuh jugaklah.

Ni dalam Piccadilly station Manchester

Masing-masing dok tgk nama tren dan nombor platform

Ni tempat kami solat jamak Zohor/Asar di Manchester iaitu Muslim Youth Foundation, jenuh juga mencari jalan sbb tak simpan dalam google maps, just berpandukan tanda arah jalan iaitu Brick Street. Bila saya tengok balik rupanya banyak masjid di Manchester hehe.

Brick Street


Selepas solat, berjalan balik ke Piccadilly Station untuk balik ke London










Alhamdulillah selamat sampai di Euston Station dalam jam 9 lebih. Kemudian naik bas balik ke hotel.








Ulasan