Bercuti di Melbourne, Australia: hari ke 6 : Queen Victoria Market & Shopping di Melbourne


Untuk membeli barang-barang makanan, boleh beli di mana-mana cawangan Woolsworth atau Coles. Banyak buah-buahan, sayur-sayuran, roti, coklat. Megi indonesia pun saya beli di sini, sbg top up makanan untuk berjalan-jalan.

Untuk shopping pakaian/kasut dll, di Melbourne ni boleh ke Target, Spencer Outlet Southern Cross dan DFO South Wharf. Sini banyak pilihan dan agak murah. Tiga tempat ni saya sempat pergi, naik tram saja dan jalan kaki. Gunakan google maps utk guide. Jika winter time, elok pergi ke DFO untuk dapatkan pakaian winter yang trendy.

Big W QV di Queen Victoria Village, dekat RMIT Melbourne/Victoria Library juga banyak barangan dan peralatan. Di kawasan Emporium Melbourne, banyak kedai-kedai extra money sikit la hehehe.

QVM untuk beli buah-buahan, sayuran, souvenir. Pada hari Ahad lagi banyak pelbagai barangan, pakaian, cenderahati dijual. Pada Rabu malam, ada winter night market, takde la banyak sgt jualan, cuma gerai makanan dan lebih pada tempat berkumpul warga Melbourne.

Dinner/Lunch. Jika terasa nak makan nasi berlauk, boleh di Nelayan Restaurant - indonesian food yang agak sedap. Satu plate kos 10-12 AUD seorang makan, lauk dan sayur banyak. boleh ambil nasi extra 1 plate utk share.














Ulasan