Bercuti di Melbourne Australia: itinerari, penerbangan


Assalamualaikum

Alhamdulillah, saya dan keluarga telah selesai percutian 7 hari 6 malam di Melbourne, Australia.

Di sini saya hendak berkongsi sedikit pengalaman semoga pembaca yang ingin bercuti di Melbourne mendapat input serba sedikit.

Percutian ini dibuat santai saja, mengambilkira warga emas (70-80 thn) yang turut sama bercuti. 

Saya hanya ambil 2 tour SIC (seat in coach) bila tiba di Melbourne sahaja. Hari lain cuma berjalan-jalan di sekitar Melbourne. Sasaran utama percutian ini adalah untuk merasa bermain salji di mana di Melbourne ialah di Mt Buller. Musim sejuk di Melbourne pada bulan Jun - September. Waktu saya pergi bercuti pada minggu ke 2 bulan Ogos, salji masih turun dan Mt Buller diseliputi salji yang sesuai untuk bermain salji/ski.


Itinerari Ringkas:

Selasa: Ketibaan di Melbourne Airport (pagi) / Check in / Free n Easy
Rabu: Free n easy (Beli tiket tour)
Khamis: Mt Buller
Jumaat: Free n easy (Queen Victoria Market, Solat Jumaat di Melbourne Central Mosque)
Sabtu: Day Tour (Mini Zoo & Ballarat Sovereign Hill)
Ahad: Free n Easy (Queen Victoria Market)
Isnin: Bertolak balik (pagi)

Penerbangan
Tiket Air Asia saya beli awal lagi (bln 4) cuma tambahan makan minum dan bagasi saya buat saat akhir. Rupanya bertambah banyak jugaklah dari harga asal. Itupun saya tak ambil seat di mana kos satu seat pun RM40 seorang (RM80 utk pergi balik & jumlah RM320 utk 4 orang!) hu hu senangnye buat duit kan kan. Tapi Alhamdulillah bila auto arrange seat, tidaklah berjauhan sangat seating nya.

Bila tambah itu ini, baru rasa kenapa la tak amik MAS sahaja, all in hehehe. But still rasa AA lagi murah la.

Total cost ialah RM5, 994 utk 4 orang iaitu lebihkurang RM1500 seorang. Saya ambil makan minum utk 4 orang pergi dan balik, bagasi 25kg pergi dan 30kg hala balik. 4 orang itu bawa 1 beg kabin bagasi 7 kg.

Maaf makanan Air Asia so n so berbanding pada awal-awal dahulu lagi sedap. Perlu improve. Dulu nasi lemak Air Asia kegemaran saya, sekarang rasa tak seperti dulu.



Hampir Subuh, dah nak sampai Melbourne



Dari KL ke Melbourne, kami naik pukul 10.30 malam. Alamak sangatlah rough ride, hati berdebr-debar sahaja, mintak ampun Ya Allah hambaMu bertaubat. Dengan cuaca hujan ribut, beberapa kali bergegaran huhu. 7-8 jam berduka nestapa.

Hala balik Melbourne - KL, bersyukur kerana takde gegar, smooth ride sangat.
KUL - MELMEL - KULTotal
Fare price2,128.00 MYR1,548.00 MYR3,676.00 MYR
Fare fees and taxes568.00 MYR1,184.00 MYR1,752.00 MYR
Auto Seat Assignment0.00 MYR
Mineral Water (350ml)0.00 MYR
Chicken Lasagne15.00 MYR
Checked baggage 25kg130.00 MYR
Auto Seat Assignment0.00 MYR
Mineral Water (350ml)0.00 MYR
Chicken Lasagne15.00 MYR
Auto Seat Assignment0.00 MYR
Mineral Water (350ml)0.00 MYR
Sweet & Sour Chicken Meatballs with Garlic Rice15.00 MYR
Auto Seat Assignment0.00 MYR
Mineral Water (350ml)0.00 MYR
Vegetable Stew with Rice Pilaf (V)15.00 MYR
Processing Fee24.00 MYR
Processing Fee24.00 MYR
Processing Fee24.00 MYR
Processing Fee24.00 MYR
Auto Seat Assignment0.00 MYR
Mineral Water (350ml)0.00 MYR
Pak Nasser's Nasi Lemak15.00 MYR
Checked baggage 30kg170.00 MYR
Auto Seat Assignment0.00 MYR
Mineral Water (350ml)0.00 MYR
Pak Nasser's Nasi Lemak15.00 MYR
Auto Seat Assignment0.00 MYR
Mineral Water (350ml)0.00 MYR
Pak Nasser's Nasi Lemak15.00 MYR
Auto Seat Assignment0.00 MYR
Mineral Water (350ml)0.00 MYR
Pak Nasser's Nasi Lemak15.00 MYR
Total amount5,944.00 MYR
Apartment








Ulasan