Panduan Carian Hakmilik Tanah


Hari ini saya mengambil cuti untuk menyelesaikan urusan tertangguh. Destinasi adalah Pejabat Tanah Hulu Langat di Bangi.Sampai jam 8.00 pagi, kaunter belum buka,saya ke kantin dahulu.Makan ala-ala sahaja, kawasan makan pun nampak tak berapa cantik dengan meja kusi plastik. Kalau makanan sedap n tempat cantik, mungkin boleh jadi tarikan kepada orang ramai.
Jam 8.20, mesin nombor giliran telah buka, dapat nombor ke empat. Ok lah tu.10 minit kemudian dipanggil.
Sampai saatnya dipanggil, saya tunjukkan kepada encik di kaunter bil cukai pintu. Dia tengok nombor geran ada 02 - "tak boleh buat sini, kena pergi ke Shah Alam" Oh gitu ke, are u sure?kang pergi sana, suruh p sini..yes definitely katanya (skrip alihbahsa).
Dengan pecutan Suziku dari Bangi saya pun ke pejabat Tanah Negeri Selangor di kompleks SUK Shah Alam, hari ni Jumaat, 11.45 - 2.45 tutup. Jam 9.50 sampai sana dapat no giliran ke 132...wah ni berapa lama nak tunggu. Memang ramai orang, rasanya depa ni urus untuk jual beli rumah/tanah, tengok dokumen masing2 ada cop lawyer.
Surprisingly, sejam aje tunggu no dah dipanggil, 15 minit dah dpt salinan.Tengok hakmilik masih nama pemaju, bukan financier, satu lagi masalah nak settle.Punya cari orang pejabat tanah nak ditanya, pusing2 rupanya dekat pintu masuk sebelah kanan.Aku aje ke yg tak perasan.Itupun sebab dengar mamat yang di kaunter pertanyaan itu jawab guna mikrofon.kenapa ye, mungkin spya org yg bertanya mendengar dgn jelas jawapannya. Bagus juga.



Ulasan