Melancong ke Kunming, China

Alhamdulillah, pada bulan Ogos lepas saya dan keluarga berkesempatan melancong ke Kunming, China. 
Tiket dibeli adalah Air Asia jam lebihkurang 1.00 tengah hari. Untuk ke KLIA2, kami menaiki ERL dari Putrajaya Sentral, parking lebih murah di sini untuk 5 malam, lebihkurang RM20.00 sahaja. Tiket ERL pula RM6.40 seorang. 
Perlu keluar awal kerana apa yang orang kata KLIA2 itu luas, nak berjalan pun ambil masa lama..mengikut pengalaman saya betul tu, bajet lah masa 1 jam lebih awal terutama sekiranya ada ahli keluarga yang berusia atau anak-anak kecil.


klia2



Selamat datang ke Yunnan, China. Kunming adalah ibu negara Yunnan. Setibanya di Kunming Changsui International Airport, tourist guide kami bernama Deni telah menunggu. Kami ditunjukkan surau untuk solat jamak Zohor dan Asar. Lapangan terbang Kunming ini agak besar juga. Untuk ambil wudhu, sila gunakan jag plastik yang ada di surau dan bawa ke tandas bersebelahan.



Surau Lapangan terbang Kunming


Dari lapangan terbang kami dibawa untuk menjamu selera. Restoran Cina Muslim boleh dikenali dengan adanya tulisan Arab dan design bentuk kubah.Ramai yang bukan Islam pun makan di sini.


Restoran

 
First course - soup..sedap

 
Rumah Makan Islam Hj Daud..rasanya la

 
Daging ala satay


Ayam hitam berherba..tak berapa my taste tapi rembat juga

Bandaraya Kunming ini boleh dikatakan sedang membangun dengan bangunan-bangunan tinggi banyak dibina.
Bangunan sekitar hotel



Warga Kunming bersenam setiap pagi di hadapan hotel




Berikut adalah jadual program kami selama 5 hari di Kunming. Pakej diambil adalah Muslim pakej, keseluruhannya saya puas hati dengan pengendalian pakej ini. Saya ambil ground pakej sahaja lebihkurang RM700 lebih seorang..siap makan minum dan kenderaan sekali. Pakej ini adalah SIC iaitu sit in coach atau bercampur dengan pelancong lain. Sebenarnya pada awal perancangan ke Kunming ini saya agak sukar mencari pakej ke Kunming, yang ada pun agak mahal. 
Ada hari-hari tertentu bermula pakej SIC ini jadi sebelum tempah tiket kapalterbang ini, perlu dipastikan hari tersebut seperti mula pada Khamis atau Jumaat.Oleh sebab kami tiba pada waktu tak ramai pelancong, kami berempat sahaja menggunakan satu coach jadi amatlah selesa dan tak perlu tunggu orang lain. Program juga diubahsuai ikut keselesaan kami. Tourist guide dan driver juga  ok sgt.

Itinerary Kunming 5D4N 

Jumaat
  • Tiba di Kunming International Airport.
  • Makan malam - sebenarnya tak masuk pakej, tapi diubahsuai
  • Check in hotel

Sabtu
  • Stone Forest -lebihkurang 1 jam setengah dari bandaraya Kunming
  • Lunch at local restaurant - best
  • Crystal Shop - tak banyak benda nak tengok sini, just guna toilet diaorg je..pastikan bawa botol mineral kosong bila nak ke toilet di Kunming kerana takde paip air dlm toilet. Bau sesetengah toilet kat Kunming pun bukan main..coz depa lap2 je u..tisu dibuang kat tong sampah dlm toilet tu
  •  Enjoy Tea Ceremony on the nation-renowned Puer Tea. Beli puer tea di sini..katanya teh ni diperam bertahun-tahun. rasanya ok tak pahit walaupun pekat. 

  • Dinner at local restaurant - pun best. Ada mee tarik buatan tangan

Ahad
  • Shopping at Fresh Water Pearl Center - saya beli juga sebentuk cincin berharga RM90..dan losyen muka pearl
  • Foot Massage at Herbal Medicine Center. - boleh la, terbeli jugak ubat herba diaorang
  • Daguan Shopping Center.
  • Green Lake Park
  • Lunch at local restaurant.
  • Perform Zuhor prayer at Shun Cheng Mosque
  • Dinner at local restaurant.

Isnin
  • Visit Golden Horse Green Jade Chicken Lane
  • Lunch at local restaurant.
  • Perform Zuhor prayer at Yong Ning Mosque.
  • Shopping di Yun Fang Shopping Center.
  • Dinner at local restaurant.

Selasa
  • Visit Flower Market.
  • Kilang Sutera 
  • Jade Center - tak byk brg yg sesuai di sini
  • Lunch at local restaurant.
  • Balik ke Malaysia


Ulasan

  1. Salam, bole tau ambil package dgn agent mana ye?

    BalasPadam
  2. Salam, bole tau ambil package dgn agent mana ye?

    BalasPadam
  3. Response lah ada orang tanya tu hehe

    BalasPadam
  4. Maaf ye...lambat respons hehe..travel agent nama sedunia

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Catat Ulasan