Assalam.
Ni dah bulan November..lebihkurang 2 bulan lagi, elokla lihat perbelanjaan tawunan anda..terutama bagi saya yg tak berapa nak berdisiplin dalam merancang perbelanjaan (menghabiskannya lagi hado penuh disiplin). So jom kita tengok dlm tempoh 2 bulan ni apa yg boleh kita belanjakan untuk claim income tax pada Mac tahun 2015 biasanya.
Juga jgn lupa untuk kumpul resit-resit yang berkaitan itu.
Kadar Cukai Pendapatan. Rujuk http://www.hasil.gov.my
Tahun taksiran 2013 dan 2014
Banjaran Pendapatan Bercukai
|
Pengiraan (RM)
|
Kadar %
|
Cukai(RM)
|
0-2500
|
2,500 pertama
|
0
|
0
|
2,501-5,000
|
2,500 berikutnya
|
0
|
0
|
5,001-10,000
|
5,000 pertama
5,000 berikutnya |
2 |
0
100 |
10,001-20,000
|
10,000 pertama
10,000 berikutnya |
2 |
100
200 |
20,001-35,000
|
20,000 pertama
15,000 berikutnya |
6 |
300
900 |
35,001-50,000
|
35,000 pertama
15,000 berikunya |
11 |
1,200
1,650 |
50,001-70,000
|
50,000 pertama
20,000 berikutnya |
19 |
2,850
3,800 |
70,001-100,000
|
70,000 pertama
30,000 berikutnya |
24 |
6,650
7,200 |
Lebih 100,000
|
100,000 pertama
Setiap ringgit berikutnya |
26 |
13,850
.......... |
Saya kat banjaran mana? adelah sikit nak nyumbang kepada negara dan bangsa ..hihuha..yg penting..i'm a tax payer..tak gitu.
Pengecualian Cukai:
|
![]() |
Tambang percutian dalam Malaysia yang tidak melebihi tiga kali dalam satu tahun kalendar, atau
Tambang percutian ke luar Malaysia yang tidak
melebihi sekali dalam mana-mana tahun kalendar, terhad kepada amaun
maksimum RM3,000.
Harap maklum bahawa tambang percutian yang
dimaksudkan adalah kos tambang sahaja. Kos-kos lain tidak dianggap
sebagai kos tambang.(Rujuk Ketetapan Umum 1/2003)
Manfaat Perubatan & Pergigian
Mulai tahun taksiran 2008, manfaat perubatan yang dikecualikan cukai
diperluaskan untuk meliputi perbelanjaan materniti dan perubatan
tradisional seperti ayurvedic dan akupuntur. Pengecualian cukai bagi
manfaat ini tiada had limit.Ganjaran Persaraan
Pendapatan Pampasan
Royalti..etc..ada beberapa lagi sila rujuk mungkin berkenaan bagi anda.
Pengecualian cukai ni saya tak berapa faham..selalunya isi aje yg diperlukan dalam borang itu. Tak pernah pun claim tambang percutian..boleh ke??
Jenis Pendapatan
Pada amnya pembayar cukai dikehendaki membayar cukai atas semua jenis pendapatan yang diperoleh, iaitu:
Pada amnya pembayar cukai dikehendaki membayar cukai atas semua jenis pendapatan yang diperoleh, iaitu:
-
Perniagaan atau profession
-
Penggajian
-
Dividen
-
Faedah
-
Diskaun
-
Sewa
-
Royalti
-
Premium
-
Pencen
-
Anuiti
-
Lain-lainPelepasan cukai untuk tahun 2014..nampaknya belum ada lagi (atau belum update??)..yg ada spt di bwh..mungkin sama kot buat masa ni.Pelepasan Cukai Individu PemastautinTahun 2010, 2011, 2012 & 2013Bil.Jenis Potongan IndividuAmaun (RM)1Individu dan saudara tanggunganPelepasan Khas RM2,000 diberi kepada pembayar cukai yang berpendapatan sehingga RM8,000 sebulan (Pendapatan Aggregat sehingga RM96,000 setahun.) Pelepasan ini hanya diberi untuk Tahun Taksiran 2013 sahaja.
9,0002Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa5,000 (Terhad)3Peralatan Sokongan Asas5,000 (Terhad)4Individu Kurang Upaya6,0005Yuran Pendidikan (Sendiri)5,000 (Terhad)6Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati5,000 (Terhad)7Pemeriksaan perubatan penuh500 (Terhad)8Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan1,000 (Terhad)9Pembelian komputer peribadi untuk individu (sekali setiap 3 tahun)3,000 (Terhad)10Tabungan bersih dalam skim SSPN3,000 (Terhad)11Tabungan bersih dalam skim SSPN (berkuatkuasa Tahun Taksiran 2012 - 2017) 6,000 (Terhad)12Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan300 (Terhad)13Yuran langganan Jalur Lebar (Berkuatkuasa Tahun Taksiran 2010 - 2012)500 (Terhad)14Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
Syarat kelayakan:
(i) pemastautin warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.
Di mana:
(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan
(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut:
A x B
C
Di mana;
A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;
B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan;
C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu10,000
(Terhad)15Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri3,000 (Terhad)16Suami/Isteri kurang upaya3,50017Anak di bawah umur 18 tahun1,00018Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)1,00019Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
i. 4,000 (tahun taksiran 2012 dan sebelum)
atau
ii. 6,000 (berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2013 dan seterusnya)20Anak Kurang upaya
Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.(Berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2013 Pelepasan tambahan adalah sebanyak RM6,000)5,00021Insuran nyawa dan KWSP6,000 (Terhad)22Skim anuiti baru atau tambahan jumlah anuiti sedia ada dan bayaran di buat mulai 01/01/2010 (apa-apa lebihan daripada premium anuiti baru atau tambahan melebihi RM1,000 boleh dituntut dan diambil kira bersama-sama jumlah premium insurans nyawa) - tidak terpakai mulai Tahun Taksiran 2012 - 20211,000 (Terhad)23Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021. 3,000 (Terhad)24Insurans pendidikan dan perubatan3,000 (Terhad)So sempat lagi lah kalau nak berbelanja mencukupkan amaun pelepasan tersebut. Yg penting kena ikut termanya ya..bukan semua item termasuk dalam jenis potongan itu. Contoh baju sukan, kasut sukan--tak masuk dalam peralatan sukan ye..heheKalau pendapatan lebih..boleh la menderma dan berhadiah kepada institusi yang berikut:Derma & Hadiah
Bil Sumbangan Catatan 1 Derma/Hadiah wang kepada Kerajaan/Kerajaan Tempatan. Subseksyen 44(6)2 Derma/Hadiah wang kepada institusi/organisasi yang diluluskan.
(Amaun adalah terhad kepada 7% daripada
pendapatan agregat)Subseksyen 44(6)3 Derma/Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada aktiviti sukan atau Badan Sukan yang diluluskan.
(Amaun adalah terhad kepada 7% daripada
pendapatan agregat)Subseksyen 44(11B)4 Derma/Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada projek berkepentingan Negara yang diluluskan.
(Amaun adalah terhad kepada 7% daripada
pendapatan agregat)Subseksyen 44(11C)5 Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan.Subseksyen 44(6A)6 Derma/Hadiah wang untuk kemudahan perpustakaan atau kepada perpustakaan.Subseksyen 44(8)7 Derma/Hadiah wang atau sumbangan manfaat bagi menyediakan kemudahan di tempat awam untuk orang yang kurang upaya.Subseksyen 44(9)8 Derma/Hadiah wang atau kos peralatan perubatan kepada mana-mana badan rawatan kesihatan.Subseksyen 44(10)9 Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau Balai Seni Lukis Negeri.Subseksyen 44(11)
Ok..semoga bermanafaat..kalau nak info lebih..lawati portal lhdn atau tanya di borang maklumbalas pelanggan mereka.yg penting jgn berhutang dgn lhdn..klu boleh langsaikan walaupun sedikit2 (Mcm ada pengalaman je nih).
Ulasan
Catat Ulasan