Melancong ke Perth: Shopping di Big W, Woodsworh, K-Mart, Coles di Belmont, Joondulap dan Mandurah (hari ke 2, 3 dan 4)

Itinerary asal ke Fremantle, tapi kami ubah untuk ke Big W Belmont dahulu..(ada agenda itu):

Ke Big W Belmont -pergi naik bas no 37 (Transperth) tak silap..tunggu di bus stop depan sikit dari hotel. Elok tengok google maps untuk lebih jelas.Setiap bas stop tu ada signage nombor bas. Mmg efisyen diaorg ni.Tiket bas bayar atas bas ..dlm 4 dollar. Kami mintak driver bas ini alertkan bila sampai.
Balik : naik teksi (tak ingat tambang..dlm $30 rasanya).

Belmont Forum ni ada 4 retailer besar dlmnnya : Big W, Woodsworth, K-mart dan Coles.

Dua lagi yang kami pergi iaitu Mandurah Forum dan Joondulap..pun gitu konsepnya.Kedai-kedai baju dan handbag seperti Kate Hill, Millers, Strandbag pun ada.

Untuk ke Joondulap dan Mandurah, guna tren ambil di Perth Underground..juga mudah. Pada hari Sabtu dan Ahad, family tiket diberikan boleh ke mana-mana dgn bayar sekali sahaja, jika tak pasti sila tanya petugas train station..jika meluru mcm kami terus ke mesin tiket- dah kena bayar double huhu.

Perth underground ni..jalan kaki dekat sahaja dari hotel Criterion.










Permandangan dari dlm tren





Deretan Corelle di Big W

Harga $49 = RM150



Ulasan

  1. Assalam wbt. Kalau saudari x keberatan boleh ke kalau sy nk dptkan itinerary lengkap & to do list sebelum berangkat ke perth, termasuk kat mana murah & senang utk apply ETA? Maaf sekiranya menyusahkan & TQ kalau sudi membantu ;) Boleh email di raimkarim@gmail.com

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam..sebenarnya saya pun takde to do list lengkap..cuma ada buat research di Internet before pergi..contoh tentang pengangkutan awam mereka sebab itu yg kami banyak guna di sana.Dan tak perlu risau sebab di sana mereka sgt efisyen, ada banyak map yang boleh bantu..utk ETA, saya guna Poto travel saja..

    BalasPadam
  3. hye. corelle tu boleh bawak balik hand carry ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pasti..coz saya masukkan dlm beg besar n wrap fragile..

      Padam

Catat Ulasan