Cuti-cuti selatan Malaysia dan Singapura

Johor Premium Outlets (JPO)
Percutian kali ini kami ke arah selatan pula. Oleh sebab belum pernah mengunjungi JPO (Johor Premium Outlets), kami pun terjah ke sana dahulu. Bertolak jam 6.30 pagi (konon-konon nak sampai awal) dari KL. Singgah di R&R Seremban untuk santap pagi dan akhirnya sampai di JPO ikut exit Senai jam 11.00 pagi (tak pecut dan naik kuda 1.0 cc aje le). Pusing-pusing atas bawah, kiri kanan..tiada tangkapan pun. Alhamdulillah, jimat duit hehe. Yg pasti dah belanja tolnya RM40.00.
Nak kata best atau tak best JPO ini, terpulang kepada diri masing-masing. Saya nampak ramai juga yang macam tak cukup tangan bawak beg. Kami lunch di food court, ada satu gerai mee kari Ipoh, sedap juga walaupun servis agak slow motion gitu, tambahan dah pukul 2 memang org agak ramai dan waktu makan tengah hari.

Johor Bharu
Perjalanan diteruskan ke JB, hotel belum booking sebab saya bergantung kepada kesesuaian waktu, di mana sampai di situ menginap. Cuba google hotel Straits view, nampaknya ada kosong. Bila saya telefon hotel, semalaman RM150 tetapi melalui booking.com, harga jatuh RM128.00. Hotel ini mengadap laut, pemandangan agak cantik jugalah.Tetapi banyak pula banner minuman keras di hotel ini, macam pening kepala la pulak doh. Bilik selesa dan luas.
Sarapan ala kadar, cukuplah untuk isi perut.

Makan malam di Senibong
Setelah google 'tempat makan best di JB', dalam jam 6 petang kami bersetuju ke Senibong seafood. Bila guna google map, arah dituju ke restoran makanan laut Cina pula, Pusing-pusing sikit, jumpalah medan selera Senibong ini.Memang banyak gerai dan makanan pun ok.

Pasar Karat JB
Balik dari Senibong, kami singgah ke pasar karat JB. Tak susah ke sini, ada signage, cuma parkir agak terhad, pusing-pusing jugalah mencari kawasan sesuai untuk parking kereta. Keadaannya macam jualan 'pasar malam uptown' sahaja. Luas dan semakin lewat malam, lagi ramai penjual dan pengunjung. Nampaknya pun sama, tiada tangkapan ..yahuu.
Singapura
Jam 10.30 pagi, setelah check out hotel, kami bergerak ke Larkin Sentral atau dulunya terminal bas Larkin. Guna google map, salah pulok, ke mana-mana ntah dibawaknya. Saya google Hotel Seri Malaysia JB, arahnya sama, Alhamdulillah jumpa. Jalan-jalan di JB ini nampaknya dah cantik dan tidak sibuk. Mungkin juga kami datang waktu kerja dan cuba elakkan waktu puncak. Parking kereta tempat letak kereta Metro di luar Larkin Sentral (di sini juga terletak pasar basah/kering, jadi memang ramai umat manusia).
Kami mencari bas ekspress ke Singapura yang berhenti di Queen St.- Ada 2 bas, Singapore Johor Express (SJE) dan Causewaylink 2. kalau nak ke Bugis st, Arab St, Kg gelam, boleh berrenti di Queen st ni. Kami naik SJE.

Tambak Johor
Setelah bas bergerak dari Larkin, stranded pula sebelum check point JB (CIQ). 45 minit juga lah, ntah sebab apa-apa. Ada driver kereta yang berpusing balik pun. Akhirnya pada telahan kami, mungkin disebabkan polis trafik menahan pesalah trafik Singaporean yang belum pernah bayar saman dari 2000 hingga 2013 (lebih 10 tahun tu, takde wat roadblock utk mrk ke sebelum ni).Namun kesesuaian tempat tu perlu difikirkan, bukan exit point, tempat sibuks).Daku rakyat Malaysia yg  byr saman..hua2). Sepatutnya yg bukan warganegara ni, kena bayar double...
Akhirnya trafik dilepaskan, kenderaan mula bergerak. Turun dari bas, ramai yang berlari2..kami pun terikut2 berlari2..walhal ntah apa dikejar yopp..takut lambat masuk kerja kot depa ni. Atau takut ditinggal bas..setelah guna automatik passport gate, kami pun menuju ke stesen bas di bawah untuk cari bas SJE tadi. Setiap bas tu ada signage menunggu masing-masing, yang sampai dulu beratur la tunggu bas. Tak lama bas tadi dtg, tunjuk tiket dan naik. Sibuk juga Tambak Johor ni, tapi laluan bas lancar aje, ok jugak naik pengangkutan awam. Saya pernah 2 kali ke Singapura suatu masa dulu waktu remaja2, sampai tak ingat Tambak Johor ni rupanya bagaimana, dok byg macam Jambatan, padahal laut tu ditambak (alahai). Npk benar dah tua (wei2). Rel keretapi di sebelah jalanraya, dan ada juga laluan khas motorsikal.

Singapura
Ok, sampai di pulau Singapura, turun lagi untuk check point imigresen Singapura. Lari-lari anak lagi n beratur lagi. Takdenye auto pass gate. Cop satu-satu n dipandang atas bawah. Ditanya pula" akak nak jalan-jalan ke, petang balik?..ya encik, dtg jln2 sekejap je)..Ok la tu, tak mudah PATI bertandang. Turun n cari stesen bas SJE tadi. Kali ni lama lah pulok bas ni, pi mana ntahnya. (atau kami yg terlewat ditinggalkan). Dalam 30 minit tunggu, bas sampai, tunjuk tiket tadi n Alhamdulillah ada seat kosong. So sambil menikmati pemandangan negara Singapura, kami santai-santai dalam bas. 

Laluan bas ke selatan pulau Singapura ni, nampaknya pulau ni masih banyak kekalkan kehijauan. (Ya, itu yg eloknya, tiada tarah sana sini sinun hingga bukit botak dan mengundang tanah runtuh atau banjir). Jalan-jalan dipagar dengan tumbuhan yang terjaga.
Entri berikutnya....










Ulasan