Berjalan-jalan di Terengganu


2 minggu lepas, saya dan keluarga berkesempatan ke negeri Terengganu untuk percutian pendek selama 3 hari 2 malam. Kami bertolak jam 5.00 pagi dari KL, bersolat Subuh di R&R Genting Sempah. Perjalanan diteruskan di highway LPT1 dan LPT2 (yang baru dibuka) dan kami berhenti sekejap2 di R&R yang ada, maklumlah konvoi 3 kereta, dengan pelbagai ragam ahli rombongan. Rupanya beberapa R&R di LPT 2 itu masih ada yang belum dibuka sepenuhnya. Jadi eloklah isi tank minyak dahulu sekiranya minyak hampir habis. Jika tidak, alamat saspen lah takut minyak habis guane mung. Bagaimanapun kita boleh keluar dari mana-mana 'exit' hiway itu untuk mencari stesen minyak yang mungkin dalam lingkungan 3-10 km dari hiway.

Sampai di Kuala Terengganu, kami menuju ke homestay di Pasir Panjang. Homestay ini agak selesa walaupun terletak di dalam kawasan perumahan. Faktor cuti sekolah menyebabkan homestay yang strategik nampaknya 'sold out'. Bagaimanapun di Pasar berhampiran, ada banyak juadah kuih dan makanan tradisi pagi-petang. Kedai mkn pun ada berdekatan yg jual nasi dagang, nasi kerabu + ayam bakar.

Beberapa destinasi yang sempat dikunjungi:

- Masjid Kristal - Kami tak pergi pun ke Taman Tamadun Islam kerana masa terhad dan faktor cuaca yg agak panas masa tu
-Muzium Kuala Terengganu-pergi juga tetapi kena menapak sgt jauh dari parking kereta (alahai)
-Pantai Batu Burok - ok la
-Pasar Payang -semestinya - tempat beli kaftan batik, kain batik, buah dukung, keropok semestinya
 -Kedai jual keropok lekor losong di Kg Losong (dekat dgn Masjid Kristal) dgn bantuan Google Maps, walaupun ada destinasi yang ke laut :)
- Kompleks Kraf Batik Noor Arfa -masa ini depa buat sales, jadi harganya amat la menarik berbanding time takdok sales itu
-Pasar malam (hari Sabtu) di dalam town KT - sekadar berjalan2 bolehla, tak brp byk benda menarik di sini, menunggu nak tengok persembahan wayang kulit pun jenuh masa tu

Tempat tujuan:
Gerai ikan celop tepung (ICT) berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Gerai bernama Firdausy Seafood ini kami jumpa secara tak sengaja, ditakdirkan amat yummy so kami repeat lagi keesokan harinya. Ikan kembong fresh, pari/tuka, sotong, telur sotong pun ada..sayur bayam/cendwan, semuanya celup tepong dan goreng panas-panas. Lebih sedap dari gerai ICT yg pernah saya kunjungi kali pertama ke KT dahulu.

'Verdict'
 Kuala Terengganu wajar dikunjungi dan di'repeat' lagi- makanan byk yg sedap seperti nasi dagang my faverit :) dan ict itu. Tetapi berpandukan ulasan dari Internet pun kdg2 mengecewakan, ada tempat mkn yg pergi tak memenuhi citarasa, mungkin telah lama/info outdated -kualiti jualan telah kurang. Dengan itu cek berharaplah perniagaan makanan ni konsisten spya pengguna tak rasa tertipu (ewah).
 Tetapi bukan shj makanan, berjalan-jalan ke tempat org, melihat laut dan pemandangan ini merupakan pengalaman dlm hidup. Macam ada suatu perumpamaan dlm bhs omputih yg agak salah nahunya: The journey is far, broaden the experience... You can make money but you cannot make memories..








sikit je gambar-takut org terliur ha ha..walhal I rasa mls lak ambil pix masa tuh.Tu je yg ada.

Ulasan

Catat Ulasan