Jalan-Jalan Medan, Indonesia : Perancangan

Sebenarnya dah 3 kali saya ke Medan. Kali pertama lama dah dulu- ikut tour agent, ke Danau Toba. Manakala kali kedua dan ketiga ni ke bandar Medan sahaja. InsyaAllah, cuti sekolah hujung tahun, kami berhasrat membuat percutian keluarga ke Medan, Brastagi dan Danau Toba. Jadi skrg ni saya nak kumpul info berkaitan utk persediaan ke sana.

Jarak & tempoh perjalanan:
Lapangan terbang Kuala Namu ke bandar Medan : 45 minit

Medan - Brastagi : 2 jam 30 minit

Brastagi - Danau Toba : 3 jam
 
 
Itinerary:

Ni aturcara yg saya google dan akan disesuaikan dgn keperluan keluarga:

Hari 1: Medan – Parapat
  • Berkumpul di tingkat 5 KLIA, 3 jam sebelum berlepas
  • Tiba di lapangan terbang antarabangsa Medan
  • Makan tengahari di restoran tempatan
  • Teruskan perjalanan ke Parapat 
  • Berhenti di Pematang Siantar untuk membeli makanan tempatan
  • Makan malam di restoran tempatan
  • Daftar masuk dan bermalam di hotel di Parapat
Hari 2: Parapat – Samosir Island – Berastagi
  • Sarapan pagi di hotel
  • Teruskan perjalanan ke Samosir Island dengan menggunakan Bot untuk melawat Tomok Village dan Ambarita Village
  • Selepas makan tengahari, meneruskan perjalanan ke Brastagi dan melawat Simarjarunjung,  puncak tertinggi dari Lake Toba, Batak Long house, Rumah Bolon dan Sipiso piso Waterfall
  • Makan malam di restoran tempatan
  • Daftar masuk dan bermalam di hotel Berastagi
Hari 3: Brastagi – Medan
  • Sarapan pagi di hotel
  • Lawatan pagi ke Gundaling Hill untuk melihat 2 gunung berapi aktif di Berastagi iaitu Mount Sibayak dan Mount Sinabung
  • Selepas itu, melawat Fruit Market dan teruskan perjalanan ke Medan
  • Selepas makan tengahari, meneruskan bersiar-siar di bandar Medan dan membeli belah
  • Melawat Sultan Palace, Grand Mosque, Batik House, Hand Embroidery Centre, Medan Mall, Chinese temple cemara Asri, Indian temple Balaji, Velankani cathedral dan lain – lain
  • Makan malam di restoran tempatan
  • Daftar masuk dan bermalam di hotel di Medan
Hari 4: Medan
  • Sarapan pagi di hotel
  • Aktiviti bebas sehingga daftar keluar daripada hotel
  • Dihantar ke lapangan terbang 
Terkini: percutian keluarga ni mgkn ditangguhkan dulu oleh sebab faktor alam sekitar hua hua.
  

Ulasan