Jalan-jalan ke Krabi, Thailand: Berkereta ke Krabi, Thailand

Berpandukan Google Maps dan peta (cetak dari google maps juga), perjalanan ke Krabi dari Wang Kelian Alhamdulillah berjalan lancar. Kami berhenti untuk tambah minyak, beli air mineral dan berhenti juga di Tesco Lotus dalam perjalanan. Tesco Lotus ni dah jadi macam kesukaan kami pula. Di Krabi pun 2-3 kali ke Tesco Lotus.

Sampai di Krabi hampir jam 2.00 petang. Destinasi di google seterusnya ialah Hasana Palace kerana perut ahli-ahli rombongan sudah  berkeroncong. Berselera sekali makan siakap masam manis, tomyam Thai, telur dadar & nasi putih. Makanan pula cepat disiapkan. Harga makanan di Krabi saya perhatikan agak mahal kerana satu pinggan mihun kosong pun ada kedai caj dalam RM5. Apapun segalanya mahal lah kerana kejatuhan nilai ringgit atau harga pelancong..?




Chalet di Adam's Bungalow. Bilik memang bajet, takde aircond, hanya kipas tapi rasanya mencukupi.

Keindahan pantai di Krabi





Ulasan