Merancang Percutian ke London : Ground Package

Assalamualaikum
Wah, tajuk gah gitu..London te kau. Khabarnye syarikat semua org boleh terbang akan melebarkan sayap ke seluruh benua. Harap2 dapatle buat tambang murah ke London yg suatu masa dulu di berhentikan. Boleh la kami kami yg mempunyai RM bajet ni terbang ke sana pula.

Tambang Flight

Jika survey harga tiket, tambang paling murah pun dalam RM2,500. Syarikat seperti MAS, Qatar Airways, Etihad..

Penginapan

Satu bilik boleh capai dalam RM300 semlm. Jika apartment boleh lagi murah.

All in atau Ground package atau Travel sendiri?

Bagi saya all in package ni bagi yang berkemampuan dan tak kisah bayar berapa pun sesuai dengan perkhidmatan. All in ni juga sesuai untuk traveller yang tak nak pening kepala fikir nak naik apa, tinggal di mana, dan menjimatkan masa.

Bagi Ground package pula mungkin boleh ambil beberapa itinerary dan ditambah dan dikurangkan hari melancong


Travel sendiri? bukan maknanya org yang travel ni tak berkemampuan, malahan ada yang dah dua tiga empat lima enam tujuh kali pergi. Ada juga tak kisah dengan masa travel. Ada yang nak berjimat dengan stay di hotel bajet.


Terpulang pada cita rasa sendiri dan fulus sendiri.


Ground package
Nampaknya ni pilihan saya. Setelah berbulan-bulan sebelum tidur selalunya, dok surf pakej Europe dan London, akhirnya saya buat pilihan ini. Tiket flight pun saya minta travel agent booking kan.

Harga pakej all in Europe selalunya dlm 8k ke atas untuk tempoh 11-12 hari. Jika yang 6-7k selalunya pendek sedikit tempoh masa. Tentu tak puas jika 5-6 hari sahaja untuk round 4-5 negara.


Pilihan saya pula nak travel lama sedikit di London - selalu yang Europe tour hanya 2 hari di London dan selebihnya travel ke negara lain.



Kenapa nak ke London
Mungkin kebanyakan org menyimpan hasrat untuk ke London atau mana-mana negara org putih ni. Saya pun tak berkecuali. Rasanya mcm menebus kembali pilihan yang tak kesampaian untuk study di oversea pada zaman dulu-dulu. Tawaran itu ada tapi pandai-pandai tolak pula kerana mengejar kursus di dalam negara. Akhirnya mendengar sahaja (dgn cemburu haha) cerita kawan-kawan sahaja yg dah lepas ke sana. Tetapi apapun takdir, kena terima kan walaupun sukar. Di sini Allah dah tentukan rezeki. Namun takla sama kan, kalau 4-5 thn belajar di sana dgn travel seminggu jek. Ikutkan mau ku putar masa itu (ha ha hi hi hu hu).


Itinerari
So bila saya dah decide ambil ground package, kena le bayor kan. First dapat quotation dari travel agent, saya pinda-pinda sikit, hantar balik and bagi tarikh tiket. Mereka hantar itinerary baru dan harga baru & quot harga tiket. Setuju, bayar harga tiket dulu kerana nak booking ikut harga promosi.

Berikut adalah itinerari ground package yang disediakan:

 08 days itinerary for London Experience

Itinerary: London Experience
Day 1
Depart Kuala Lumpur - Arrive London
Upon arrival in London, make your way to the meeting area for your shared transfer from airport to your accommodation. After check-in, spend the remaining days to explore the city at your own leisure.

Day 2
Breakfast
London
After breakfast, then enjoy a One Day Hop on Hop off Bus Ticket which also includes a walking tour to see London’s most famous landmarks like Westminster Abbey, Buckingham Palace, St Paul's Cathedral, Tower Bridge, Tower of London, Trafalgar Square & the Houses of Parliament. And enjoy a boat ride on the Thames River. Then make own arrangement back to the hotel and spend the rest of the day at own leisure.

Day 3

Breakfast
London
After breakfast, enjoy a full day at your own leisure or select one of optional excursion to complete the day.

Day 4
Breakfast
London – Stonehenge – London
Morning breakfast at hotel. Make your own way to the meeting point, for your driver to take you straight to Stonehenge. Upon arrival audio guides will be given and you can wander around the world heritage site and be captivated by the unique rock formation! Situated on Salisbury Plain, 40 ton rocks stand-alone since their arrival 5,000 years ago. An abundance of theories surround Stonehenge; from the belief it is a religious temple to an astronomical clock and even a Bronze Age burial ground! This tour finishes at approximately 2.30 pm at Gloucester Road, then the rest of the day at own leisure.

Day 5
Breakfast
London
After breakfast, enjoy a full day at your own leisure or select one of optional excursion to complete the day.

Day 6
Breakfast
London
After breakfast, enjoy a full day at your own leisure or select one of optional excursion to complete the day.

Day 7
Breakfast
London
After breakfast, enjoy a full day at your own leisure or select one of optional excursion to complete the day.

Day 8
Breakfast
Depart London
After breakfast, enjoy the morning at leisure before transferred to the airport for your departing flights.

InsyaAllah

Kos (8 hari 7 Malam)
Percutian ni bagi saya tak berapa bajet lah. Ingat memang dah stay dua minggu tetapi bila lagi lama stay, ongkosnya perlu diambil kira. Saya pun tak cover keseluruhan UK atau Scotland maupun Paris. Setakat free and easy di London. Jika ada rezeki lain kali akan cover Eropah dalam trip yang lain.
Kos flight Etihad RM2,913.00
Ground package RM3,080.00
Bajet poket : GBP250  seorang (anggaran RM1400) -utk mkn tengahari dll.

Penginapan : Hotel Chrysos
25-27 Norfolk Square, London W2 1RX, UK

Makan disediakan? Breakfast sahaja
Tour (joined tour) : Hop in hop off & Stonehenge
Lain-lain : jalan kaki 

 




Ulasan