Merancang percutian ke London : Old Trafford

Assalamualaikum
Setelah tiket beli dan ground package dan di booking, tetiba rasa macam tak cukup hari 8 hari tu. Tambahan partner menyuarakan mesti nak ke Old Trafford melihat stadium pasukan bola yang legend itu. Awalnya tak masuk pun dalam planning kerana saya tak minat huhu (penting diri sendiri hehe).

Alahai. Rasa mcm nak 10 hari la pulok. Redha aje lah, kerana bila lihat harga tiket ke London sekarang makin mencanak ajo. Mesti kena tambah RM jika tukar tiket atau cari tiket lain.

 Jadinya saya perlu cari cara nak ke Old Trafford tu dari London. Jika naik bas Metrobus memang muran, ada yang GBP10 bersamaan RM60, tetapi perjalanan mahoii 5 jam. Dahla kita bajet vacation duration, ni lagi nak habis masa dalam bas. Jika drive, boleh dapat kereta RM300 sehari?, tetapi perlu fikir nak parking mana, berenti mana, gps, minyak.

So naik tren Virgin Train katanya yang pantas i.e dlm 2 jam. Boleh la tu. So book tiket di web site nya sahaja. Jika hari Sabtu/Ahad dan masa puncak org gi keja atau balik keje, maka harga berubah boleh jadi RM500 sorang pergi balik.

Saya book hari biasa, jam 10 pagi dan balik 6.55 petang hari yang sama dapat harga GBP88 untuk seorang bersamaan 488.40 untuk 2 org (darab 5.55). Rasanya masih mahal la jugak.

Virgin train ni banyak stesen . Yang paling hampir dengan hotel kami adalah Euston Station , tu pun jaraknya dekat 1 jam berjalan. Atau kena naik tube jugak. Yg tu kami fikir kemudian hehe.

Tiket Virgin train tu diaorg dah emel dan kena print je.

So nak kena beli tiket masuk tour stadium tu. Tadi saya lihat kat website GBP32 untuk 2 org (RM177.60) setelah diskaun. Nanti ye.

Ulasan