Melancong ke London : Hyde Park

Ok balik dari Stonehenge Tour tu kami menapak dari Cromwell St nak ke Paddington. Jauh jugak makcik berjalan tetapi banyak sgt la pemandangan yang cun di taman untuk menyegarkan kepala dan mata. Tak terasa penat pun. Tu omputeh sini kuat jalan gamaknya atas faktor cuaca dan pemandangan. Kalu tempat kita berjalan menyedut debu dan ketiak basah tentu tak best kan ehehehe...opsss.
Kat taman ni kalu rasa-rasa nak baring pun boleh.
Juga melalui Natural History Museum, Science Museum, Royal Albert Hall dsb nye sebelum sampai Hyde Park.



Ingat ni Sg Thames bila google balik ianya seperti tasik iaitu the Serpentine/ The Long water. Kat sini ramai org naik bot






Ambik signage je, tak pi pun memorial Lady D tuh








Aduhai, itik angsa bergembira, kau hada kat sungai sinun di tgh bandaraya? hehehe








 Ni pemandangan sekitar hotel kami menginap
















Ulasan