Jalan-jalan di London : Hop in Hop Off London & Naik bas di London

Hari kedua di London saya meneruskan acara berjalan-jalan ni dengan menunggu bas hop in hop off. Tiket hoho ni saya beli menerusi tour ejen kat KL. 

Bagaimanapun boleh je beli terus kat London atau beli kat stesen2 bas di mana nampak staf hoho ni dok ushar cari pelanggan atau beli online kot. Kat Hospital St Marys ni pun ada satu pejabat Goden Tours.

Ada beberapa syarikat hoho ni kat London seperti Golden Tours, Big Bus, Afternoon Tea (lebihkurang namanya boleh makan minum dlm bas). Saya diberi Golden Tours yang logo kepala kuda tu.


Ikut peta hoho yang diberi (kat hotel pun ada brosur hoho ni), kami tunggu bas kat Praed St. 

Tunggu bas pun bukan sebarangan kat sini, kena tengok logo hoho tu ada tak dan jika naik bas biasa, tengok juga nombor bas dan nombor bas stop. Nombor bas stop biasanya huruf A-Z. Bus stop banyak tapi bas tu tak berenti jika bukan kat stop yang sepatutnya.

Kalau nak ke mana-mana naik bas biasa, saya google maps dulu. Memang semua lengkap kat google maps tu, nombor bas & bus stop. Print screen atau save sajalah atau tuliskan. Nak lagi tepat, baca map di tiang bas stop tu dulu supaya tidak silap. Bukan apa, takut membazir waktu sahaja jika salah bas. Ada sekali tu kami salah bas, dan tak tahu nak pergi ke mana lagi. Last2 patah balik ke Paddington dan mula sekali lagi route yang betul. Bayar tambang guna oyster kad aje..kalau rasa nak abis nilainya, gi check kat mana-mana stesen tren/tube dan tambah nilai. Oyster kad saya beli di mesin kat stesen Paddington pada mula-mula sampai.

Ok, saya teruskan naik bas hoho ni ikut route berwarna kuning dulu ke London's Bridge. Perancangan saya ialah kemudian berhenti London's Eyes untuk naik cruise Thames River yang menuju London's Bridge. Turun dan ambil gambar di London's Bridge. Lepas tu cari stesen hoho, naik balik untuk ke Big Ben dan Buckingham Palace.

Sebenarnya sekejap je pun kami naik hoho ni, tak sampai pukul 2 ptg. Selebihnya banyak jalan kaki. Hoho ni start awal jam 7 lebih dan habis 5 lebih gitu. Kalau naik bas biasa pun boleh kot. Tapi first day kat London ni, kami taknak le pening. Naik HOHO ni ada penerangan sekali melalui audio, cucuk je kat tepi seat bas tu. Rasanya lagi elok pusing sekali London ikut route bas pas tu baru berenti kat mana2. Tapi sebab nak naik cruise tu, kami stop juga kat London's eyes.

Last sekali kami jalan kaki dari Buckingham Palace ke Hard Rock Cafe. Kemudian ke Oxford Street. Balik naik bas biasa depan Primark ke St Marys, Paddington.
 


Pemandangan dari hoho bus:













 
Warga London gigih berjalan kaki ke tempat kerja






Awal pagi, sampah pun belum kutip kot



























Ulasan