Jalan-jalan London : Stonehenge : hari ke 3


Tiket Stonehenge ni dah booked melalui ejen (Sedunia Travel)...berapa RM saya tak pasti becoz dan included dalam ground package. Sekiranya nak beli sendiri pun rasanya takde masalah melalui online atau tour agentnya kat London (seperti pejabat Golden Tours). 

So tour ni seat-in-coach (SIC), tempat berkumpul adalah di pejabat Golden Tours di Kensington. Cara nak pi dari hotel ada disediakan oleh tour agent. Hari tu kami plan nak naik tube pula dari Paddington kerana kalau naik bas jauh sikit berjalannya.

Nak naik tube /underground ni kena tau la line mana. Mula-mula confusing sikit bagi sayalah. Kena study route nye dan platform yang betul.







Dari stesen Gloucester Road berjalan ke Cromwell Road



Pemandangan bangunan  rumah2/hotel nan indah 
Di sebelah pejabat Golden Tours tu ada supermarket Sainsbury's, jadi kami menjamu mata dulu di sini sementara menunggu 8.30 pagi.





 Ok, dah 8.30 kami dibawa ke tempat menunggu bas. Pkl 9 baru jalan, nampak bas-bas yang ada pun penuh.



Tempat persinggahan bas kerana ada penumpang request untuk ke tandas.



Setelah 2 jam dalam bas kami sampai. Nampak banyak bunga-bunga ni di kawasan Stonehenge




Untuk ke Stonehenge ni agak jauh, mau 2-3 km rasanya. Ada yang berjalan kaki. Bagi yang group tour, ada bas disediakan, tetapi perlu tiket  yang akan diberi oleh driver. 






Ai tengok Stonehenge ni makin mengecil,agaknya kena hakisan makin lama makin sikit


Ni dia yang selalu nampak jadi wallpaper desktop PC hehehe


Pelancong yang turun dari bas, menapak ke/turun dari Stonehenge












Ok kat sini masa diperuntukkan 2 jam aje..ada kedai jual souvenir dan cafe. Seperti biasa kami makan bekalan lah. Megi atau nasi Brahim segera. Tadi sampai pukul 11, pukul 1 pula kena gerak untuk naik bas. Pastikan ingat bas yang mana yang kita naik tadi.





 

Ulasan