Penerbangan ke London & Hari Pertama


Depart Kuala Lumpur - Arrive London

Kuala Lumpur 0210  - Abu Dhabi  0530

EY 19 ABU DHABI – LONDON HEATHROW 0810-1300

Untuk ke London saya telah memilih penerbangan Etihad (UAE). 
Selama 5 jam KL ke Abu Dhabi. Flightnya biasa aje, tak la selesa sangat (naik business class kot u jika nak selesa). Bagasi 23 kg each. Mcm sikit tapi sebenarnya ok je la jika bawa beg pakaian besar dan 1 beg troli kabin. 

Bagaimanapun ada banyak movies baru dalam pesawat dan layan juga lah di samping tidur.

Sebelah pagi tu diberi makan pie & air kopi sahaja (Pie itupun kena minta rupanya). Kami transit di Abu Dhabi, UAE selama lebihkurang 3 jam. Sempat lah solat Subuh di surau airport Abu Dhabi dan berjalan-jalan di dalam airport tu. Jika takde duit dirham UAE atau USD, boleh guna currency GBP mereka akan convert. Tapi saya tak beli apapun, kerana jimatkan duit GBP tu hehe.

Lepas tu naik transfer flight ke Heathrow jam 8.10 pagi.
















Sampai di Heathrow jam 1.00 petang, lalu imigresen. Ditanya sedikit ajelah oleh Mat Salleh British tu -why u come to London and how many days ...

Lepas tu kami gi ambik bagasi dan keluar.

Saya ingat diaorg check/tanya apa bawak tapi tak check pun bila saya lalu kat Kastam tu takde org. Mungkin ianya self declare, sapa yang rasa nak declare brg boleh gi kat bilik kastam. Apapun saya dah prepare dgn checklist brg iaitu makanan dan kandungan makanan tu. Be prepare sajalah kan.

Setelah tu tunggu driver untuk airport transfer. Oleh kerana kami terawal sedikit, jam 2.00 dah sampai di arrival gate, saya ingat driver dah tunggu. Jam 2.30 belum nampak so saya pun call lah ejen di London. Rupanya driver tunggu 2.30 to 3.00 pm.
Oklah..lepas tu pusing-pusing cari orang yang pegang nama tour leader- jumpa pak Arab si driver tu.

Jam 4.00 petang gitu dah check in di hotel di Norfolk Square kat kawasan Paddington.

Hujan juga di London ni, adakala lebat juga. Selepas solat Asar/Zohor, kami keluar jalan-jalan sekitar hotel. Beli payung di sebuah kedai souvenir Pak Arab. Harga GBP4.99 - mahal jugalah klu duit kita RM25 lebih.

Rata-rata kawasan Paddington tu kedai souvenir dimonopoli oleh org Asia Tengah. Begitu juga di kebanyakan kawasan lain. Di Queensway dkt Malaysian Hall tu rasanya lebih murah. Kedai makan pun banyak di Edgar St yang berhampiran. 
Lepas tu kami turun ke Paddington Station untuk beli Oyster card. Saya masukkan nilai GBP15 je dulu. Sim kad saya untuk handphone saya tak beli lagi. Saya nak tengok dulu keperluannya. 

Memang tak berapa perlu pun bagi saya sim kad kerana saya selalu guna wifi di sini. Saya dah activate international roaming (Umobile). Tetapi saya tak la mau guna data, cuma standby untuk emergency call. Jika guna data mau RM36/hari.

Sekarang ni summer di London. Waktu siang panjang. Pukul 8 malam masih terang lagi. 

Berjalan-jalan di Little Venice, Paddington dalam hujan.






Riang ria itik berenang-renang.


Kami balik makan pek nasi goreng Brahim yang dipanaskan dan berehat. Alhamdulillah sampai juga di bumi London.








Ulasan