Insurans Kembara


Sebelum ini saya tak sibuk sangat dengan insurans kembara, kadangkala tak beli pun insurans walaupun yang mudah dan se klik aje yang disediakan oleh Air Asia.
Atas kesedaran kerana baca pengalaman orang juga ialah ibarat sediakan payung sebelum hujan maka saya pun cuba lah meninjau insurans-insurans kembara di Malaysia ini.
Saya terus tuju kepada yang berkonsep takaful iaitu samada Etiqa atau Takaful Ikhlas. Terpulanglah samada nak yang konvensional atau takaful. Juga mengikut keperluan spesifik seperti:
-Umur - jika mencari takaful untuk ibu ayah yang melebihi umur 70-80 tahun
-Perubatan - juga yang cover banyak jika ada kecemasan perubatan

Juga saya lihat ada juga travel insurans yang lebihkan isu flight seperti flight lewat/delay, bagasi hilang dan sebagainya. Mungkin yang ini saya beli Air Asia Insurance yang agak murah.

Pembaca boleh rujuk di laman web mereka atau di sini.
Ini ialah contoh sahaja  untuk pengetahuan dan bukan untuk menyebelahi mana-mana syarikat ya.





Ulasan