Bercuti di Melbourne, Australia: hari ke 4 : ICV mosque, Flagstaf Garden


Hari ni hari Jumaat,, walaupun musafir, untuk pengalaman melaksanakan solat Jumaat di perantauan, kami akan solat di ICV (Islamic Council of Victoria) mosque, Jeffcot St, West Melbourne. Jaraknya dalam 1.3 km dari Apt. Untuk tidak rasa lelah berjalan kaki, kami singgah di QVM dan taman Flagstaf Garden. Untuk balik ke apartment, kami guna tram percuma. Bagi mudahkan perjalanan di Melbourne, Google maps amat membantu, oleh itu saya telah aktifkan data roaming U Mobile dgn caj RM10 sehari.





Masjid ICV ini dalam bangunan dan ada ruang untuk wanita solat.





Selepas solat Jumaat, Singgah makan tengah hari di House of kebab Kings St yang berhampiran

Semua sedap tetapi agak masin sedikit bagi saya.





Ulasan